Teks: Zura Zakaria
Aduh!.. bila Pn Anys minta saya menulis pengenalan diri di dalam blog saya, saya tepuk dahi. Saya memang fail bab memperkenalkan diri. Saya macam tak ade apa yang menarik untuk diceritakan tentang saya.
Tanggal 1.1.17, bermulanya saat saya berhenti kerja sebagai Project Coordinator selama 13 tahun. Bukannya kerana diberhentikan tapi mengikut suami berpindah ke tanah kelahiran kami; Kelantan. Yahoo.. here we come. Pada masa yang sama kami lebih dekat dengan ibubapa kami yang sudah menginjak usia. Bila dekat, jadi kalau apa-apa terjadi senang dan dekat nak jenguk. Minta dijauhkan.
Bila saya ditanya tak sayang ke berhenti, dan gajipun banyak. Biasanya saya cakap saya ikut suami pindah kerja. Takkan saya nak cakap masalah dipejabat macamana, masalah itu, masalah ini. Malas nak mengibkan orangkan. And its about time, its been 13 years and the problem getting worse in pass 3 years back.
Saya mempunyai 5 anak; 3 perempuan dan 2 lelaki. Aktif yang amat dan penghibur diri hati serta penguat semangat.
Minat menjahit ni dah lama terpendam dan terendam. Jadi bila dah berhenti ni, tangan, kaki, dan kepala jadi beku sebab tak bergerak, tak mengadap komputer, tak perah otak untuk menulis surat, tak berkomunikasi dengan orang luar. Jadi saya memilih untuk buka kedai jahit. Mula - mula nak buat kat rumah je. Tapi suami cakap buka kat kedai. Mungkin dia tahu kot saya ni tak berapa suka kalau orang datang rumah tapi rumah berselerak. Nak buat macamana yang "mengemas"nya ramai. Haha
Terciptalah nama Impian Iris yakni nama kedai jahit saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bagaimana hendak menjaga kain linen, kapas dan sutera vietnam
Tips ni saya dapat daripada FB Earlene Kasamira. Saya suka baca tips dan biasanya saya simpan. Dah alang - alang ada blog, saya masuk...
-
Teks: Zura Zakaria Ini merupakan bulan ke 5 saya di Kelantan. Sebelum kami berpindah ke Kelantan, kami amat sukar mencari maklumat tenta...
-
Tips ni saya dapat daripada FB Earlene Kasamira. Saya suka baca tips dan biasanya saya simpan. Dah alang - alang ada blog, saya masuk...
-
Teks: Zura Zakaria Foto: Google Kuih nekbat biasanya hanya ada waktu bulan ramdhan sahaja. Bulan lain agak sukar untuk temui. Rasanya ma...
No comments:
Post a Comment