Teks: Zura Zakaria
Tajuk: 13 Jam A380
PenulisL Evelyn Rose
Harga: RM28.00
ISBN: 978-967-0246-53-6
Sipnosis di belakang novel
Mereka bergelar kekasih kayangan untuk empat jam, menari tango bersama, menjelajah seluruh pesawat bersama, merasai enaknya Caramel Latte bersama... Tap i tatkala MAS A380 mencecah lantai bumi,, segalanya pergi bagai wap di udara.
"Hana, thank you for last night... but i can't have cocaine all the time."- SYED HAYDAR
Melihatkan sendiri kemesraan SYED HAYDAR dan kekasih realitinya, si model jelita membangkitkan HANA SOFEA daripada mimpi indah.
Di kota London, A380 juga akhirnya menerbangkan HANA SOFEA kepada FAWWAZ HUSSAINI, jutawan kacukan Melayu-Inggeris-Arab. Tanpa sebarang sebab, Emmel, anak angkat Fawwaz menyangkakan Hana Sofea sebagai ibunya.
"My daughter likes you. If you're willing to let her call you mommy... i will pay you fifty buck per hour..."-FAWWAZ HUSSAINI
"Dapat hadiah tak?" -HANA SOFEA
"A pink Audi TT, is that okay?"-FAWWAZ HUSSAINI
"Saya nak Audi TT yang latest version aje. yang lain saya tak nak."-HANA SOFEA
Hadirnya HANA SOFEA menghiasi kehidupan mereka sekeluarga bagaikan indahnya bunga popi mekar, munculnya sang jutawan bermata ambar yang kuat pegangan agamanya itu dalam hidup Hana Sofea pula bagai menyedarkan HANA SOFEA tentang kasih sayang Tuhan. Dan saat semuanya bagaikan baru bermula, SYED HAYDAR datang menuntut sebuah cinta...
“Saya rindu awak, Hana… Jangan cakap awak dah kahwin dan budak ni anak tiri awak, Hana.” – SYED HAYDAR
Adakah mimpi akan kekal sebagai mimpi setelah waktu berlalu dan hari berganti?
Review Novel
Syed Haydar merupakan crush Hana. Hana selalu stalk Haydar melalui twitter. A380 dipilih kerana mereka menaiki kapal terbang yang sama. Hana ke London untuk meneruskan pengajian PHD dan Haydar pula menghadiri meeting. Kerana kesilapan tempat duduk, Hana di pindah ke kelas pertama. Dan kebetulan disebelah Haydar. Dari situ mereka berkenalan dan menikmati masa bersama 13 jam. Kemudian mereka berpisah selepas Haydar yang mengatakan kata putus untuk meneruskan perhubungan mereka.
Di London, Hana menumpang di rumah Fawwaz. Hana berkenalan dengan Nenek Fawwaz di A380. Mereka menaiki kapal terbang yang sama, yang kejadian keslipan tempat duduk. Hana diangkat sebagai pengasuh anak Fawwaz kerana anaknya sukakan Hana.
Fawwaz dan Hana bercinta dan ingin berkahwin tapi ayah Hana membantah dan meminta Hana menghabiskan pengajian dahulu. Setelah habis pengajian, Hana ingin memperkenalkan Fawwaz kepada keluarganya. Oleh kerana ada masalah Fawwaz tidak dapat menemani Hana hanya dapat menemui keluarga Hana dalam 2 minggu lagi. Oleh kerana Haydar dapat tahu perancangan ini, Haydar telah menaiki kapal terbang yang sama dengan Hana dan memperkenalkan dirinya kepada keluarga Hana. Keluarga Hana tersalah anggap Haydar ialah teman lelaki Hana.
Haydar mengugut Hana berkahwin dengannya jika tidak akan menjual syer syarikat keluarganya kepada orang lain. Rupa - rupa Haydar ialah rakan kongsi kepada syarikat keluarganya dengan menggunakan orang tengah menguruskan pelaburan itu. Nak tahu lebih sila beli novel ini. Pengolahan yang menarik
No comments:
Post a Comment