Foto: Google
Kuih nekbat biasanya hanya ada waktu bulan ramdhan sahaja. Bulan lain agak sukar untuk temui. Rasanya manis - manis. Lembut. Sedap. Orang kata memang tak sah kalau masakan Kelantan tak manis kan.Orang cakap kuih ini kuih orang tua sebab lembut sangat sampai tak payah kunyah boleh terus telan. Tak kisah sebab saya suka.
Resepi
12 biji nekbat kering (dijual kat kedai basah)
5 sudu besar gula (boleh kurangkan kalau tidak suka manis)
2 1/2 cawan air air
daun pandan
Masakkan gula, air dan daun pandan. Bila gula hancur masukkan nekbat. Perlahan api dan biar seketika. Jangan dikacau nanti nekbat akan hancur. Bila nekmat dan meresap air gula. Tutupkan air. Lebih sedap bila dihidangkan bila sejuk
No comments:
Post a Comment