Monday, 15 May 2017

Persekolahan anak - anak

Teks: Zura Zakaria


Ini merupakan bulan ke 5 saya di Kelantan. Sebelum  kami berpindah ke Kelantan, kami amat sukar mencari maklumat tentang sekolah - sekolah agama di Kelantan. Tak banyak maklumat sekolah di Kelantan kami perolehi. Kami mencari sekolah samada dekat dengan rumah atau jarak/ flow ke sekolah satu hala supaya memudahkan kami menghantar dan mengambil mereka. Kami agak kesempitan waktu kerana kami hanya ada masa 2 bulan untuk mencari sekolah dan rumah. Dengan penat bekerja di siang hari, malam terpaksa pula mengemas dan mempacking barang - barang untuk pindah. Jadi masa untuk mencari maklumat sekolah juga amat terhad.

Kami agak berbelah bagi, perlu cari rumah dulu ke sekolah dulu. Kalau rumah dulu, jadi kena cari sekolah yang berdekatan dengan rumah atau mencari sekolah yang terbaik yang boleh kami cari dan mencari rumah yang berdekatan dengan sekolah.

Kami perlu mencari 3 buah sekolah; sekolah menengah, sekolah rendah dan tadika. Di Kuala Lumpur, anak - anak saya sekolahkan mereka di sekolah agama integrasi. Jadi bila di Kelantan amat lah rugi kalau saya tidak meneruskan pendidikan agama untuk kesemua anak saya. Ini disebabkan saya boleh lihat perkembangan mereka dan perbezaan anak - anak saya dengan sepupu - sepupu
mereka.

Untuk sekolah menengah agama di Kelantan, sistem pendidikan agak lain. Sekolah aliran agama mereka di samada bawah naugan Yayasan Islam Kelantan (YIK) atau Jabatan Pendidikan Islam dibawah Kementerian  Pendidikan. Kemasukan sekolah bawah naugan YIK tidak melalui masalah birokrasi. Kami hantar perlu bawa anak kami untuk ditemuduga, mereka ingin tahu cara dan subjek apa yang diajar oleh sekolah dahulu dan juga mereka perlu tahu samada pelajar boleh bertutur dan membaca dalam bahasa arab. Yang menyukarkan kami disebabkan anak sulung kami pada tahun lepas mengambil PMR. Jadi kami terpaksa menunggu keputusan PMR sebelum mendaftarkan ke sekolah bawah YIK.

Kami sebenarnya target untuk hantar ke sekolah agama dibawah Kementerian. Ini kerana ada sebuah sekolah di kampung cik suami yang kami rancang untuk membina rumah di situ. Apatah lagi sekolah itu antara top 5 terbaik di Kelantan. Tetapi anak saya tidak mendapat tawaran kerana subjek sains dia hanya B. Alahai. Tak ape le tak ada rezeki. Target for my next angel.

Untuk sekolah rendah pula, tak ada sekolah agama integrasi (pendidikan akademik dan agama bergabung) di bawah YIK cuma Sekolah Rendah Agama Tengku Amalin Puteri A'Ishah. Kedudukan sekolah agak jauh dan pengambilan hanya untuk perempuan sahaja. Jadi kami terpaksa mencari sekolah agama swasta. Maklumat sekolah - sekolah ini juga tidak banyak. Kami juga terpaksa mengunakan google maps untuk melihat dan menganggarkan jarak antara sekolah anak - anak, pejabat suami dan rumah. Antara beberapa sekolah agama dalam senarai kami; Sekolah Rendah Islam An Nur, Sekolah Rendah Islam Al Hikmah, Sekolah Rendah Islam Aman, Sekolah Rendah Islam Sri Kota dan Sekolah Rendah Islam Kiblah. Kami telah pilih shortlisted Sekolah Rendah Kiblah dan Sekolah Rendah Islam An Nur. Antara lain yuran dan kesesuaian lokasi. Malah kami telah balik ke Kelantan semata - mata untuk melihat dan berjumpa dengan pihak sekolah untuk bertanya tentang sistem pembelajaran, rekod sekolah yuran persekolahan, unifom sekolah dll. kesemua sekolah yang kami shortlisted. Dan bila balik ke Kuala Lumpur, kami telah membeli kesemua uniform dan kelengkapan sekolah. Ini disebabkan di Kelantan 1hb Jan adalah hari pertama persekolah mereka. Saya terkejut bila di beritahu Kelantan tak cuti pada 1hb Jan. Sayapun dah lupa masa saya belajar dulu.

Untuk anak kedua, yang sadisnya, kami telah membuat keputusan drastik, sebenarnya saya yang membuat keputusan itu. Saya cakap kat husband, boleh tak saya selfish? Ini disebabkan tahun 2017 merupakan tahun exam anak kedua saya. Saya ingin menyekolahkan dia bersekolah di sekolah biasa. Ini kerana sekolah kerajaan mempunyai guru - guru yang berpengalaman, mereka tahu apa subjek dan cara untuk skor dalam exam. Apatah lagi peluang untuk anak saya lagi luas. Dia boleh masuk sekolah MRSM aliran agama, sekolah naugan YIK, sekolah agama SABK dll. Nasib baik cik suami setuju dengan hujah saya. Jadi kami terpaksa mencari sekolah biasa. Kami senaraikan top 10 terbaik sekolah di Kelantan. Kami cuma cari di area Kota Bharu. Jadi bila kami berpindah pada cuti krismas, kami telah ke Jabatan Pelajaran untuk membuat proses pertukaran sekolah. Al-Hamdulillah, proses tak sukar sangat ini kerana semua dokumen kami telah siapkan di Kuala Lumpur. Semua pertanyaan hanya melalui telefon.

Untuk anak ketiga, kami masih mengekalkan sekolah rendah agama. Kami telah memilih Sekolah Rendah Islam Kiblah. Kami juga telah membeli uniform sekolah berdasarkan sekolah tersebut iaitu unifom sekolah sama dengan uniform sekolah kebangsaan. Tapi semasa kami pindah ke rumah sewa, iaitu pada cuti krismas, kami terlihat banner sebuah sekolah rendah islam yang kedudukan lagi dekat dengan rumah kami . Nama sekolah tu memang tak ade dalam shortlisted kami. Semasa kami mencari maklumat tentang sekolah rendah agamapun kami tak terjumpa atau kami tak perasan kewujudan sekolah ini. Entah le. Jadi kami membuat keputusan ke sekolah tersebut untuk melihat sendiri dan berjumpa dengan pihak sekolah. Mungkin kami amat bernasib baik, kami terserempak dengan founder sekolah tersebut. Kami berbual dengan beliau dan mendapati sekolah itu merupakan sekolah rendah agama swasta kedua terbaik di Kelantan. Pada masa yang sama juga kami bertanya untuk sekolah menengah agama yang bagus sekitar kawasan Kota Bharu terutama dalam displin pelajar dan komited guru - guru.

Kami berbincang dalam kereta dan on the spot kami telah bersetuju untuk menyekolah anak di sekolah tersebut. Kami telah membayar separuh harga yuran persekolahan sekolah tersebut. Nasib baik belum lagi bayar yuran di Sekolah Kiblah. Tapi, ade tapinya, uniform sekolah lain. wawa. Kami terpaksa membeli uniform yang lain untuk anak ketiga ni

Kami juga bernasib baik, sekolah tersebut mempunyai tadika. Jadi saya ke tadika tersebut untuk berjumpa dengan pihak sekolah. Mereka mengguna pakai sistem montessori dan sistem fonik untuk bacaan. Kami bersetuju untuk menghantar anak keempat saya ke tadika tersebut.

Kami balik ke Kuala Lumpur untuk menghabiskan lagi beberapa hari sebelum berhenti disamping untuk mengagihkan kerja ke rakan-rakan yang lain. Pada masa yang sama, saya tanya adik saya samada dia telah beli uniform sekolah ke tidak. Nasib baik dia belum beli, jadi saya jual dengan diskaun dekat 50%. Tak apa lah, asal dapat jual sambil bersedekah.

Walau sehebat mana perancangan kita, perancangan Allah lagi baik.

Penat jiwa raga pasal persekolah ini, pengalaman betul. Itu belum lagi pasal rumah sewa. Nanti saya cerita. Tungguuu...


No comments:

Post a Comment

Bagaimana hendak menjaga kain linen, kapas dan sutera vietnam

Tips ni saya dapat daripada FB Earlene Kasamira. Saya suka baca tips dan biasanya saya simpan. Dah alang - alang ada blog, saya masuk...