Monday, 15 May 2017
Selamat Hari Guru
Teks: Zura Zakaria
Saya mempunyai 4 orang anak yang bersekolah di sekolah yang berlainan. Nasib baik satu hala. Kalau tidak memang penat le. Cuma kelam kabut menyediakan sarapan pagi je le dan uruskan yang tadika tu je. Yang lain dah besar, boleh urus sendiri.
Oleh kerana anak di sekolah berlainan, jadi kena pi banyak kali le mesyuarat PIBG. haha.
Dari pandangan saya selama anak ke sekolah di Kelantan ialah guru - guru yang komited. Pada awal tahun sekolah anak kedua saya mengadakan perjumpaan ibubapa untuk pelajar tahun 6. Mereka menerangkan pelbagai kelas; kelas tambahan lepas sekolah, kelas tambahan hujung minggu, kelas pecutan, kelas motivasi, kelas menjawab soalan dan kelas malam. Bab kelas malam membuatkan saya terkejut wow sampai malam guru - guru sanggup mengajar pelajar - pelajar. Nasib baik le rumah dekat je dengan sekolah, kalau kelas malam tak ada le lewat sangat sampai rumah. Guru Besar memberitahu tak ade masa nak cuti- cuti untuk pelajar tahun 6. Walaupun cuti sekolahpun ade kelas tambahan. Tak apa le untuk dia juga. Berkorban le sikit.
Saya tak pernah dengar lagi di Kuala Lumpur ade kelas malam untuk pelajar. Pelajar kebanyakkan mengambil tuisyen di luar. Mungkin juga rumah masing - masing jauh. Ada anak saya cakap kawan dia tinggal kat selayang tapi bersekolah di situ. Kawannya terpaksa keluar sekali dengan ayah dia untuk ke sekolah. Ada juga guru yang mengajar di situ tapi tinggal jauh dari sekolah. Tapi bila di Kelantan, semestinya pelajar - plejar dan guru - guru tinggal berhampiran dengan sekolah.
Untuk sekolah anak ketiga dan keempat saya, mereka ada mengajurkan kelas bahasa Inggeris, kelas pengenalan fonik untuk ibubapa.
Anak sulung pula siap ade Qiamullail di sekolah
Apa - apapun guru - guru di mana - manapun memang komited untuk membimbing anak didik mereka tak kira di Kelantan, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur. Kalau tidak tak wujud barisan professional yang berwibawa atas didikan guru - guru.
Selamat Hari Guru kepada semua guru
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bagaimana hendak menjaga kain linen, kapas dan sutera vietnam
Tips ni saya dapat daripada FB Earlene Kasamira. Saya suka baca tips dan biasanya saya simpan. Dah alang - alang ada blog, saya masuk...
-
Teks: Zura Zakaria Ini merupakan bulan ke 5 saya di Kelantan. Sebelum kami berpindah ke Kelantan, kami amat sukar mencari maklumat tenta...
-
Tips ni saya dapat daripada FB Earlene Kasamira. Saya suka baca tips dan biasanya saya simpan. Dah alang - alang ada blog, saya masuk...
-
Teks: Zura Zakaria Foto: Google Kuih nekbat biasanya hanya ada waktu bulan ramdhan sahaja. Bulan lain agak sukar untuk temui. Rasanya ma...
No comments:
Post a Comment