Saturday, 3 June 2017

Bagaimana hendak menjaga kain linen, kapas dan sutera vietnam



Tips ni saya dapat daripada FB Earlene Kasamira. Saya suka baca tips dan biasanya saya simpan. Dah alang - alang ada blog, saya masukkan dalam blog saya sebagai rujukan saya masa depan dan pembaca juga

Bagaimana hendak menjaga kain linen, kapas dan sutera vietnam agar lebih tahan lama dan warna kain tidak luntur? Berikutn adalah tipsnya:
KAPAS DAN LINEN :
Penjagaan kain kapas dan linen sebenarnya amat mudah kerana fabrik ini ialah fabrik yang tahan lasak. Untuk menjadikan ia lebih lembut, selesa dipakai dan tahan lama, amalkan tips berikut:
1. kesemua fabrik kapas dan linen akan mengecut sedikit selepas dibasuh.
2. Seeloknya direndam dahulu dan dikeringkan sebelum dijahit untuk mendapatkan ukuran jahitan yang tepat.
3. Kain linen dan kapas semakin dibasuh semakin lembut sebenarnya terutamanya kain linen. Bahkan kain ini semakin lembut dan mudah digosok bila sering dicuci.
4. Namun elakkan direndam terlalu lama di dalam air kerana rendaman yang lama akan menyebabkan serat benang menjadi longgar.
5. Apabila mencuci dalam cucian mesin gunakan air dingin untuk mencuci dan membilas agar kain KAPAS tidak terlalu mengecut apabila dikeringkan. Bagi kain LINEN pula, boleh dibasuh dan dibilas menggunakan air panas
6. Apabila menjemur fabrik linen dan kapas yang berwarna, terbalikkan fabrik agar warnanya tahan lama dan tidak memudar disebabkan pancaran terus cahaya matahari.
Jemur di tempat yang berangin agar kain kapas dan linen kurang berkedut.
7. Tetapkan suhu sederhana panas apabila menggosok kain kapas atau sembur dengan semburan air sebelum diseterika ataupun tuan puan menggunakan ‘ steam iron’ untuk melicinkan kain kapas yang berkedut. Dengan cara ini, kain kapas akan licin dan kurang berkedut. (Penggunaan suhu terlalu panas menambahkan kedut kain kapas)
SUTERA VIETNAM:
Kain sutera vietnam adalah di antara kain sutera yang terbaik di dunia. Terdapat pelbagai corak , warna, hiasan kain sutera ini. Ramai pelanggan yang memberli kain di ABSTextile akan bertanya cara penjagaan kain sutera vietnam. Umumnya, sutera yang diperbuat daripada 100% kepompong ulat sutera perlu penjagaan yang teliti dan rapi. Namun keunikan sutera vietnam yang diedarkan ABSTextile ialah sutera yang diperbuat dengan gabungan sutera dan kapas menjadikan kain ini lebih tahan dan mudah dijaga.
1. Kain ini boleh dibasuh menggunakan mesin basuh
2. Boleh dijemur di bawah matahari
3. Mudah digosok dan tidak mudah berkedut
Selamat mengamalkan tips tersebut. Kain akan lebih tahan lama jadinya.

No comments:

Post a Comment

Bagaimana hendak menjaga kain linen, kapas dan sutera vietnam

Tips ni saya dapat daripada FB Earlene Kasamira. Saya suka baca tips dan biasanya saya simpan. Dah alang - alang ada blog, saya masuk...