Wednesday, 17 May 2017

Berpantang Keguguran

Teks: Zura Zakaria

Saya berpantang macam biasa masih 40 hari. Biasanya masa pantang orang Kelantan selama 40 hari bukannya 44 hari yang amalkan sesetengah negeri. Kami juga tidak berpilis. Kami lebih bertungku, mengurut, berbenkung serta pantang dalam makanan juga.

Yang biasa saya amalkan sebelum ini, bertungku hanya dilakukan bila jahitan sudah sembuh atau selepas seminggu. Harga upah bertungku dalam RM30 samada 2 atau tiga biji tungku digunakan. Bertungku akan dibuat selama 3 atau 4 hari berturut. Bergantung tebal ke nipis poket masa tu. Lepas tu saya akan diurut selama 3 atau 4 hari. Juga bergantung tebal ke nipis poket masa tu. Biasanya upah mengurut dalam RM30 - RM50 sekali mengurut. Kemudian seminggu sekali sampai habis pantang. Saya biasanya pantang di rumah mak saya kat kampung. Bersalin di Kuala Lumpur, seminggu lepas tu baru balik ke Kelantan. Samada naik kereta ke naik kapal terbang juga bergantung tebal ke nipis poket masa tu. Seminggu atau dua minggu sebelum habis cuti bersalin, saya akan balik ke Kuala Lumpur.

Untuk kali ini, saya hanya balik hujung minggu ke rumah mak untuk bertungku dan mengurut. Saya buat sekali sebab gugur tak ada jahitan.

Bagi berbengkung biasa mak akan siapkan sendiri rempah untuk disapu kat perut. Lepas tu dilapik dengan kapas atau tisu kemudian di ikat dengan kain yang mak jahit sendiri. Ikat ketat - ketat. Lupa pulak ramuan dia. Seingat saya ada kapur, lada hitam dan air limau nipis yang lain tak ingat. Tiap - tiap malam kena buat. Panas yang amat. Tak boleh nak tidur malam.

Tapi untuk kali ni saya cuma guna bengkung moden - girdle je, tak semangat nak rempah, berbengkung bagai. Bukan ada anakpun

Pantang dalam makanan, saya cuma makan ikan haruan, ikan selar dan ayam. Sayur sawi je. Malas nak google makanan apa yang boleh tak boleh. Dahulu siap print lagi makanan apa yang boleh di makan, apa yang tidak boleh dimakan.

Saya masih pantang 40 hari walaupun sesetengah cakap 10 haripun cukup, 20 hari pun cukup. Lagi teruk kata kena pantang lagi keras dari mengandung. Saya cari jalan tengah pantang 40 hari. Tapi masih tak minum ais ke makanan yang gatal walaupun lepas 40 hari. Sebab yang tanggung sakit saya. So take easy. Badan nak guna lama jadi kena jaga le.

No comments:

Post a Comment

Bagaimana hendak menjaga kain linen, kapas dan sutera vietnam

Tips ni saya dapat daripada FB Earlene Kasamira. Saya suka baca tips dan biasanya saya simpan. Dah alang - alang ada blog, saya masuk...