Wednesday, 17 May 2017

Pengalaman di hosptal semasa keguguran

Teks: Zura Zakaria

Sepanjang hayat saya tak pernah saya di masukkan ke bahagian kecemasan. Dalam masa seminggu, saya di masukkan ke zon kuning.

Perasaan yang kurang digemari, saya memang rasa tidak selesa kalau berada di hospital. Di hospital macam dikeliling dengan ambang kematian.  Dengan bau yang memualkan, bau muntah, bau kencing, bau ubat. Keadaan yang penuh dengan orang sakit, dengan orang yang datang melawat. Memang tak selesa.

Saya dimasukkan di wad untuk proses d & c. Saya diberi taklimat oleh nurse; tandas, bilik solat, peraturan wad dll. saya diberitahu juga kalau doktor yang bertugas tidak dapat buat. Saya terpaksa tunggu pukul 8 pagi dan doktor pakar yang akan melakukan.

Saya dikejutkan oleh nurse pada pukul 1 pagi sebab doktor nak jumpa. Saya kata ok so saya tunggu le kat katil. Tak lama tu, nurse panggil lagi kata doktor nak jumpa kat bilik. Doktor dah lama tunggu. Haha. mana saya tahu, cakap le kat bilik dia. So saya ke bilik rawatan. Doktor sekali lagi buat ultrasound. Dia mengesahkan baby memang tak ada. Saya kata ok, lagipun saya dah redha.

Yang saya tidak puas hati siap nurse merungut - rungut lagi. Dia siap cakap kalau dia bertugas di wad kecemasan. Dia settlekan terus. Kat sana boleh buat. Terus boleh tutup kes. Tak payah nak masuk wad bagai. Wow, you taking about me ok. Dah kerja itu yang dipilih untuk menyara hidup/ kerjaya just lakukan tak payah nak merungut. Nak merungutpun tak payah depan pesakit. Atau sengaja nak beritahu doktor yang dia nurse yang berkaliber. Entah le.

Doktor pulak tanpa beritahu apa yang dia kepada saya, dia terus suruh saya buka seluar. Saya keliru, kenapa lak tapi cuma buat je le, dia lagi tahu. Kemudian doktor "korek" dan nurse tekan - tekan perut saya. Saya bertambah keliru. Mereka nak buat apa. Kemudian sel - sel otak bergabung. Oh, proses D & C. Apa salahnya mereka beritahu at least I can prepare myself. Saya inginkan nak checking sahaja. Pada saat itu, terasa perasaan tercabul juga le. Kebetulan ada doktor pelatih sekali, doktor itu siap cakap kat tahu apa, dia terus buat pros





No comments:

Post a Comment

Bagaimana hendak menjaga kain linen, kapas dan sutera vietnam

Tips ni saya dapat daripada FB Earlene Kasamira. Saya suka baca tips dan biasanya saya simpan. Dah alang - alang ada blog, saya masuk...