Foto: Google
Maggi Tiram yang saya cuba bukan kat Bachok tapi kat Kubang Kerian. Ia terletak di Dataran Kenaf, sebelah Bangunan Kenaf, berhadapan dengan Masjid Kubang Kerian. Maggi Tiram ini memang famous di Kelantan.
Saya agak sarcastic dengan maggi sebab saya tak makan maggi. Walaupun saya kadang - kadang masak maggi untuk suami dan anak - anak tapi saya tak akan makan. Disebabkan saya yang masak untuk mereka, saya akan pastikan maggi hanya di makan maximum sekali sebulan, tak boleh lebih dari tu. Tapi biasanya akan dilanggar oleh cik suami, terutama bila saya balik lewat bila musim sibuk dengan kerja. Oleh kerana tak nak mereka makan maggi, saya akan whatapps dengan cik suami, saya akan beli makan malam dan saya akan pastikan saya akan balik sebelum pukul 9 malam. Sekarang saya tak kerja jadi saya yang membeli semua bahan mentah. Jadi saya memang tak beli maggi. Baru - baru ni, ke kedai dengan cik suami, dengan tersengih - sengih sambil pegang bungkusan maggi. Dia cakap dah lama tak makan maggi. Ok le, sekali sekala.
Ok, berbalik ke Maggi Tiram Pok Weil ni, oleh kerana saya tak makan maggi, saya order nasi goreng tiram. Pada fikiran saya, maggi mesti rasa kuah maggi walaupun taruk tirampun. Cik suami dan anak - anak yang lain order maggi. Ade order maggi tomyam, maggi tiram, maggi sup. Ok, saya memang bagi thumb up, setiap kuah memang rasa kelainannya, sedap secukup rasa terutama tom yam memamg sedap. Pada mulanya saya memang saya tak rasa maggi yang mereka, tapi bila cik suami kata sedap kuah dia terutama maggi tomyam dan tak ade rasa perencah maggi. Jadi saya rasa, memang sedap. Anak - anak memang tak tahu makan tiram semua tiram dihabiskan oleh saya dan cik suami. Macam tu juga masa makan maggi ketam. Maggi diterkam dulu. Ketamnya kami yang habiskan.
Kalau kat cawangan sedap, semestinya di Bachok lagi sedap sebab itu yang asalnya. Harap le rasa tu maintain sebab susah bila buka cawangan, rasa mesti akan lari dan tak sama dengan yang kedai asal.
No comments:
Post a Comment