Foto: Google
Kedai Kopitiam kita menyedaikan pelbagai jenis pilihan makanan. Yang paling famous ialah pelbagai jenis nasi berlauk, nasi kerabu, nasi dagang berserta kuih muih dari pelbagai tempat di seluruh Kelantan. Ia dah siap dibungkus hanya perlu pilih dan makan sahaja.
Untuk ke kedai ini agak sukar jugak sebab ia tersorok kalau terlepas memang kena U turn balik. Landmark dekat New pacifik Hotel, Jalan Pengkalan Chepa.
Roti Titab ini memang cik suami suka sebab ade telur separuh masak. Bila dicampur sekali dengan kaya dan roti yang dibakar, Rasanya cukup rasa lemak, manis. Dia makan sampai pejam - pejam mata. Saje je tu sebab dia memang tahu saya tak suka dan tak makan telur separuh masak
Saya pernah tunjuk gambar roti ini kepada kawan cina saya. Dia kata roti ni biasa bagi orang cina. Mereka memang makan untuk sarapan. Huh, nak merajuk kuasa dua dengan minah ni. Baru nak eksyen cite pasal makanan Kelantan, semua dia bangkang. haha
Untuk ke kedai ini agak sukar jugak sebab ia tersorok kalau terlepas memang kena U turn balik. Landmark dekat New pacifik Hotel, Jalan Pengkalan Chepa.
Nasi berlauk yang famous di Kelantan juga ada dijual disini iaitu Nasi Air Dingin dan Nasi Kak Wook.Nasi berlauk merupakan sarapan pagi orang Kelantan, tapi sudah jadi macam nasi lemak di Kuala Lumpur, ia dimakan waktu pagi tengahari dan malam. Nasi berlauk biasanya, samada ade pilihan lauknya gulai ikan, gulai ayam, ayam masak merah dan ayam goreng. Nasi berlauk biasanya dihidang dengan lauk dan sambal sahaja. Sesetangah ade yang taruk timun mentah atau kacang panjang yang dimasukkan sekali dengan gulai. Saya ada tunjukkan gambar nasi berlauk kepada kawan cina saya, dia kata dia tak boleh makan nasi dengan satu lauk dan satu sayur. haha. Dia kata pelik sangat makan macam tu. Saya cakap nanti dia datang ke Kelantan, saya akan bagi dia cuba masakan Kelantan, saya pasti dia akan fall in love. Dia pernah cakap mak cik dan pak cik dia yang tinggal di Pahang, sebulan sekali akan naik keretapi pergi ke Kelantan semata - mata nak makan masakan Kelantan.
Saya pernah tunjuk gambar roti ini kepada kawan cina saya. Dia kata roti ni biasa bagi orang cina. Mereka memang makan untuk sarapan. Huh, nak merajuk kuasa dua dengan minah ni. Baru nak eksyen cite pasal makanan Kelantan, semua dia bangkang. haha
No comments:
Post a Comment