Sunday, 21 May 2017

Awak Suka Saya Tak? - Melur Jelita



Teks: Zura Zakaria




Tajuk: Awak Suka Saya Tak?
Penulis: Melur Jelita
Harga: RM35.00
ISBN: 978-967-024-607-9



Sipnosis di belakang buku
Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.


Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.



Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…



"Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…" Hilman Yong



"Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." Damien Yong



"Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." Intan Zulaikha


Review
Percintaan antara Intan Zulaikha dan Hilman Yong. Seperti biasa dalam novel mesti ada tarik- menarik seperti di dalam kehidupan kita. Biasa disalahertikan. Jarang antara sesama dewasa duduk berbincang, rendahkan ego masing - masing, cuba faham apa masalah masing - masing sebelum tersalah jump in wrong conclusion. Kalau macam tu mesti takkan ada perpisahan dan perceraiankan. Ermm.

Hilman terjatuh cinta dengan Intan dalam pandangan pertama semasa berusia 21 tahun. Tapi tidak bertegur siapa. Mereka berjumpa semula apabila Intan menemani abangnya mencari cincin kahwin untuk abangnya. Hilman merupakan tuan kedai emas tersebut. Mereka bermula berkenalan apabila Intan tertinggal beg tangan di kedai Hilman. Sebagai balasan, Hilman meminta Intan belanja makan. Ini hanya alasan Hilman untuk bersama dengan Intan sebelum Intan berkahwin. Hilman tersalah anggap Intan akan berkahwin sebab Intan yang memilh cincin kahwin bukannya tunang abang dia.

Pelbagai masalah dan salah faham berlaku dalam hubungan mereka menyebabkan hubungan mereka on off. Nak tahu kesudahannya kena le beli. 

Hilman - Hilman merupakan mualaf. Penulis merupakan kelulusan Usuluddin jadi tidak hairan lah, banyak cerita keislaman diceritakan dalam cerita ini. Jadi watak Hilman digunakan untuk menceritakan pasal islam. Hilman digarapkan seorang mualaf yang suka belajar mendalami islam. Malah pengetahuan islam dia agak luas. Dia belajar dari banyak guru di serata dunia. Cara dia mendidik Intan secara tidak langsung juga amat menarik

Intan - seorang yang kurang sabar. degil, suka melawan cakap, pantang di cabar. Selari dengan kematangan umur, dia lebih matang dalam membuat keputusan.

Cerita yang digarap memang menarik dan tersusun. Banyak cerita keislaman dalam novel ini.Sebenarnya novel ini merupakan novel pertama dibaca selepas bertahun - tahun berhenti membaca novel. Rasanya novel pertama selepas berkahwin kot. Selepas itu kemaruk balik baca novel. Haha


No comments:

Post a Comment

Bagaimana hendak menjaga kain linen, kapas dan sutera vietnam

Tips ni saya dapat daripada FB Earlene Kasamira. Saya suka baca tips dan biasanya saya simpan. Dah alang - alang ada blog, saya masuk...