Teks: Zura Zakaria
Untuk menjadi keluarga bahagia perlu dimulakan dengan ibubapa sendiri untuk mencorakkan dan membentuk setiap keluarga. Ibubapa merupakan contoh terbaik atau role model kepada anak - anak. Seawal sehari kelahiran sehingga usia 12 tahun, anak - anak masih dengan kita, jadi masih itu merupakan masa yang sesuai untuk kita mencorak mereka.
Ilmu kekeluargaan perlu diteroka dan dipraktiskan untuk anak - anak. Pada awal perkahwinan, saya pernah memberitahu cik suami, keluarga kita ini kita perlu bentuk dengan acuan kita sendiri. Kita ambil apa yang elok; didikan, amalan dan nasihat di keluarga masing - masing dan diadunkan dengan cara kita untuk mendidik anak - anak. Apa yang tak elok dan tak berkenan di hati kita tolak ke tepi.
Antara perkara - perkara yang terapkan kepada anak - anak:-
a) Rendahkan ego masing - masing
Perkataan maaf perlu ada pada ibubapa. Kita sebagai ibubapa perlu rendahkan ego kita kepada anak - anak, tak payah nak mendadik dada sambil guna quote "syurga di bawah tapak kaki ibu", kita makan garam dulu"dll. Tak salah kita minta maaf kalau kita silap, kalau kita terlambat sampai rumah, kalau kita tak dapat bagi apa yang dijanjikan. kalau kita tak mampu.
Anak - anak akan belajar dari perkataan maaf, dia juga mudah memaafkan orang lain dan meminta maaf jika dia silap. My 5th angel yang berusia 4 tahunpun dia akan minta maaf kalau dia buat silap, dan bila lepas meragam/ bad mood.
b) Solat berjemaah
Saya bermula solat jemaah dekat 5 tahun yang lepas, selepas saya perasan anak - anak solat lambat waktu maghrib, apatah lagi semasa waktu maghrib terdapat rancangan tv yang mereka suka. Cik suami biasanya waktu maghrib dan isyak dia akan berjemaah di masjid. Saya telah melahirkan kegusaran saya kepada dia dan cadangkan dia berjemaah waktu maghrib di rumah dengan anak - anak, lepas tu waktu isyak berjemaah di masjid. Mula - mula rasa bersalah kerana lepas solat berjemmah di rumah, dia tergesa - gesa ke masjid sebab biasanya ada kuliah maghrib lepas solat mahgrib di masjid. Dia kata tak apa, biasanya masjid mula solat lambat sikit sebab nak tunggu jemaah. Jadi bila dia sampai masjid gam - gam kuliah bermula, kalau lambat sikitpun kuliah baru mula mukadimah.
Saya merasa tindakan saya betul apabila anak sulung saya cakap dia rindukan solat jemaah dengan keluarga terutama waktu maghrib, bila maghrib mesti dia ingat abah, ingat ibu. Dia rindu nak salam dan peluk abah dan ibu bila selesai berjemaah. Dia sekolah berasrama dari tingkatan satu. Malah yang lain juga dah tahu waktu maghrib semua berjemaah dan semua berkumpul.
c) Mendengar
Sekali - sekala kita perlu mendengar mereka bercerita, ini supaya kita lebih dekat dengan anak dan kita boleh tahu perangai mereka macamana dalam menyelesaikan masalah mereka disekolah dan bagaimana mereka berhadapan dengan masalah. Kalau kita sibuk pada masa itu, beritahu mereka lagi 5 minit, kita free, nanti kita datang. Sekurang - kurangnya mereka tidak rasa terabai.
d) Menerangkan setiap perkara
Kalau kita ada masalah kewangan, kita terangkan kepada mereka supaya mereka berjimat. Kalau ada jamuan ke ada tetamu nak datang, kita memeritahu apa yang perlu mereka buat, apa yang tidak sepatutnya mereka buat.
Dari segi adabpun begitu, kita perlu menerangkan kepada mereka adab - adab bila rumah orang, di masjid, di kedai makan dan temapt lain. Biasanya di dalam kereta saya ingatkan mereka sekali lagi apa yang mereka perlu buat dan tidak boleh buat. Kita sebagi ibubapa mereka sepatutnya selalu mengingati mereka ini adalah tanggungjawab kita sebagai ibubapa.
Saya memang tidak suka kalau ke kedai makan, anak - anak berlari sana, berlari sini. Kalau terlanggar orang, terlanaggan pelayan bawa makanan dan minuman yang panas, kita boleh marah mereka. Pada hal itu salah kita tak memberitahu dan tak didik anak - anak. Kecuali le anak - anak memang di meja, makanan panas terkena dia. Itu memang kita boleh mengamuk.
Kalau kita dah cakap, kita dah pesan, kita dah marah tapi anak - anak masing tak dengar. Apa yang kita nak buat. Saya biasanya berlakon dengan cik suami dalam kereta, saya akan cakap kuat dari biasa supaya anak - anak dengar. Saya cakap kat cik suami " abang, kita tak payah lah bawa 4th angel ke restoran, makan - makan kat kat restoran dia tak makan elok - elok kat restoran, dia jalan sana, jalan sini. Biar je dia kat rumah sorang - sorang kat rumah. Lagipun makanan dia tak habis, rugi je bawa dia makan kat restoran." Itu dinamakan main psikologi. Tapi memang berjaya. Dengan anak - anak zaman sekarang memang perlu kreatif sikit.
e) Berlapang dada
Kalau anak kita tidak dapat buat apa yang kita nak, apa yang kita target, apa yang kita mahukan, berlapang dada. Jangan paksa mereka, jangan marah mereka. Di sekolah, mereka dah mendapat tekanan dari guru, sukatan yang membebankan. Kita tak payah le nak menambahkan beban mereka. Kita cuma perlu mendorong, mendidik, membimbing mereka sahaja.
Saya bukan mendabik dada untuk memberitahu bahawa cara saya yang terbaik. Saya dengan rendah diri memberitahu saya masih belajar untuk menjadi ibu yang baik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bagaimana hendak menjaga kain linen, kapas dan sutera vietnam
Tips ni saya dapat daripada FB Earlene Kasamira. Saya suka baca tips dan biasanya saya simpan. Dah alang - alang ada blog, saya masuk...
-
Teks: Zura Zakaria Ini merupakan bulan ke 5 saya di Kelantan. Sebelum kami berpindah ke Kelantan, kami amat sukar mencari maklumat tenta...
-
Tips ni saya dapat daripada FB Earlene Kasamira. Saya suka baca tips dan biasanya saya simpan. Dah alang - alang ada blog, saya masuk...
-
Teks: Zura Zakaria Foto: Google Kuih nekbat biasanya hanya ada waktu bulan ramdhan sahaja. Bulan lain agak sukar untuk temui. Rasanya ma...
No comments:
Post a Comment