Foto: Google

Di Kelantan macam kemestian makan colek bulan puasa. Hampir setiap tempat buat colek masa bulan puasa. Walhal ada je kedai yang jual colek setiap hari tapi pengunjungnya tak seramai bulan puasa. Antara tempat famous colek di Kelantan; Pasir Mas (belakang Stadium), Kota Bharu (sebelah Stadium), Kubang Kerian (Su Tomyam), Tanah Merah (lupa kat mana). Kedai ini yang saya tahu famous dan pernah kunjungi.
Dahulunya colek yang famous colek perut dan paru sekarang dah variasi, dengan colek ayam, colek kerang, colek campur dan variasi campurannya. Dah macam - macam lagi. Saya lebih suka yang original dan simple. Kalau basic colek ialah perut lembu (biasanya perut muda lagi sedap), paru, timun dihiris nipis, taugeh. Semua disusun dalam pinggan dan disiram dengan sos (biasanya saya guna sos pencicah thai) dan kerepok dihancur - hancurkan digaul dengan sebati dan ngam. Resepi penuh boleh tengok di sini
Saya biasa buat colek perut bila hari raya sebab banyak stok perut dan paru. Biasanya orang malas nak masak perut dan paru sebab baunya semerbak satu rumah. Itu belum lagi proses nak mencuci perut. Boleh habis setengah hari nak masuk perut sahaja. Tapi bila bab makan cepat je habis.
No comments:
Post a Comment