Sunday, 16 April 2017

Apa yang best di Kelantan


Teks: Zura Zakaria


Di sini saya nak senaraikan apa yang best di Kelantan

1) Tak ada tol
Yang ni paling best sebab boleh jimat duit. Kalau di Kuala Lumpur, pusing sikit tol, ke depan sikit tol

2) Kurang kesesakan jalan raya. 
Bukan tak ade langsung kesesakan jalan. Kalau adapun masa orang masuk kerja dan balik kerja. Malah kesesakan hanya mengambil masa tak sampai sejam malah mungkin hanya dalam 20 minit sahaja.

Walaubagaimanapun kesesakan yang teruk akan berlaku semasa cuti sekolah  dan  semasa perayaan. Ini disebabkan kebanyakan yang bekerja di luar Kelantan balik ke Kelantan. Tapi apalah sangat jika dibandingkan dengan di Kuala Lumpur yang kesesakan berkalu setiap hari dan berjam - jam. Sesetengah orang kadang - kadang pukul 6 pagi dah keluar rumah dan balik pukul 9 malam hanya kerana ingin mengelakkan dari kesesakan jalan raya 

3) Makanan yang pelbagai
Kat sini, makanan memang mewah. Macam - macam ada. Harga bergantung tempat dan makanan apa. Ada yang murah, ada yang mahal (macam harga kat KL). Jadi pandai - pandai le cari. Saya sendiri belum lagi teroka semua tempat. Apatah lagi, cik suami je kerja. Jadi kena jaga budget le. 

4) Penduduk Kelantan
Penduduk Kelantan memang famous dengan mulut manis terutama kaum wanitanya. Kalau ke kedai makan ke kedai mana - mana, si penjaga kedai akan cakap... ye abe (bahasa Kelantan untuk lelaki "abang").. abe nok gapo.. abe nak cari gapo (abang nak ape, abang nak cari ape). Saya kat sebelah cik suami tak ade nak tegur lak. Kadang - kadang berasap juga. Sape tak jelous, wanita Kelantan memang ramai yang lawa, dengan make up dan pakaian up to date. Memang kalah le saya ni. Kalah sebelum bertanding le.

Masa mula- mula duk kat sini, saya ade whatapps kawan, saya cakap kat kawan saya, duk kat Kelantan memang mencabar, dia siap cakap bersabar le baru sebulan kat sana, yelah duk KL dah lama. Bila saya cakap pasal wanita kat sini lawa - lawa. Dia siap gelak lagi dan bagi tip cara nak tawan suami bukan main advance lagi padahal tak kahwin lagi tu. haha



No comments:

Post a Comment

Bagaimana hendak menjaga kain linen, kapas dan sutera vietnam

Tips ni saya dapat daripada FB Earlene Kasamira. Saya suka baca tips dan biasanya saya simpan. Dah alang - alang ada blog, saya masuk...