Sunday, 16 April 2017

My Dream House


Teks: Zura Zakaria
Foto: Sumber Google

Dengar tajuk, bukan main gah lagi. Rumah Impian saya. Mesti ingat saya impikan rumah yang grand dengan design, aksesori dan hiasan dalaman yang mahal - mahal. Tak lah, hidup saya simple cukup simple. Saya tak perlukan rumah yang amat besar dan gah. Sekadar cukup memenuhi my bucket list. haha (gaya gelak orang kaya)

a)  Ruang tamu
 Ruang tamu yang luas supaya amalan solat berjemaah berterusan sehingga ke anak cucu. Semua boleh berjemaah sekali gus. Ini tak disetujui oleh cik suami, bukan sebab dia tak setuju tentang berjemaah tu. Tapi sebab rasionalnya kos untuk kaki bersegi di sini RM100-150. Kalau 2000sq x RM100 = RM200,000. Mana nak cakau duit banyak tu. Kos ini tidak bermasuk lagi dengan kos plumbing dengan pendawaian. Huhu.

Ruang tamu antara keluarga dengan tetamu berasingan. Supaya anak - anak tidak menganggu tetamu. Anak saya juga boleh selasa dalam ruang mereka sendiri tanpa memikirkan pasal aurat.

Jika nak buat kenduri kecil - kecilan hanya perlu buka ruang antara ruang keluarga dan ruang tetamu. Saya terfikir tentang konsep ni apabila tengok kat hotel dan dewan. Mereka hanya membuka platform atau partiton antara bilik untuk gabungkan dua bilik menjadi lebih luas.

Hiasan dalam tidak perlu wow factor. Cukup sekadar selesa. Design dari Ikea memang saya suka. Mereka mengutarakan konsep minimalis.


   
 Mesti ada rak buka, sebab saya suka membaca. Rumah saya sekarangpun penuh dengan buku. Sebelum kami berpindah ke Kelantan, dengan selambanya cik suami membuang hampir separuh koleksi buku saya.

b) Bilik tidur
Bilik tidur perlu ada sekurangnya 8 bilik. haha. Rasionalkan. Sebabnya anak - anak saya ada 5 orang, setiap orang ade bilik sendiri. Saya dan cik suami satu bilik, 2 lagi untuk cucu perempuan dan cucu lelaki. Rasionalnya disini, untuk jaga aurat antara lelaki dan perempuan. Sebabnya saya tak suka anak lelaki dan perempuan semua tidur di ruang tamu bila semua berkumpul masa raya atau kenduri kerana tidak cukup bilik. Kadang - kadang kita tak sedar masa tidur, aurat ternampak/ terselak terutama perempuan. Saya nak jaga aurat anak perempuan, menantu perempuan dan cucu perempuan saya.

Kalau boleh nak tambah satu lagi bilik; untuk bilik tetamu supaya tetamu tidak terganggu dengan anak-anak yang lain. Malah juga kehadiran tetamu tidak mendatangkan rasa tak selesa dikalangan anak-anak.

Yang ini saya belum beritahu lagi kat cik suami. Masa saya bagi tahu tentang my dream house. Baru je explain pasal ruang tamu tu, dia dah buat pengkiraan. Dah start cakap itu ini, saya terus berhenti. Tunggu reda dulu. Kalau le saya cerita pasal ini, saya rasa dia terus angkat kaki keluar rumah bagi sejuk sikit. Haha

c) Bilik mandi
Setiap bilik tidur mesti ade bilik mandi, Juga untuk jaga aurat antara lelaki dan perempuan. Saya sendiri paling tak suka kalau mandi di rumah emak saya dan mertua. Terpaksa pakai baju di tandas dengan lantai basah, memang kurang gemar.

e) Built in Cabinet
Setiap bilik mesti ada built in cabinet supaya semua nampak kemas.

d) Ruang santai/Anjung
Mesti ada. Ini mesti cik suami setuju sebab dia memang nak ruang santai kat luar rumah. Boleh jadi tempat lepak, ruang makan untuk sarapan pagi atau minum petang. Juga untuk layan tetamu

(sumber: google)
                                                 
Belum pasti samada perlu ada cermin ke atau open air. Tapi yang pasti ada sofa dan buai. Idea ini dari rumah lama yang ada serambi. Memang best, dengan keadaan berangin, dan menghirup udara segar

(sumber: google)

e) Design/ facade
Tak kisah, bentuk kotakpun tak kisah

Nota: Semua orang ada impian, yang pasti macamana nak mencapainya. Kalau tak dapat penuhi semuanya, sekurang "i have a dream".



No comments:

Post a Comment

Bagaimana hendak menjaga kain linen, kapas dan sutera vietnam

Tips ni saya dapat daripada FB Earlene Kasamira. Saya suka baca tips dan biasanya saya simpan. Dah alang - alang ada blog, saya masuk...