Friday, 19 May 2017

Kereta Oh Kereta

Teks: Zura Zakaria


Kereta saya kena tunda dari Gua Musang ke Kuala Lumpur pada bulan lepas. Sebenarnya kereta kami telah dipanggil (recall) untuk ditukarkan bahagian bermasalah - sebelum balik Kelantan lagi. Tapi tabiat manusiakan, degil sikit. Lagipun tak ada apa - apa  yang berlaku kan. Kami pulak sibuk dalam menguruskan perpindahan ke Kelantan.

Semasa pulang dari rumah mentua, kereta kami termasuk dalam lubang. Selepas itu, kereta mengeluarkan bunyi seperti di ketuk - ketuk. Oleh kerana kami mengejar masa disebabkan masa itu menghampiri maghrib. Lagipun rumah kami sudah dekat dah. Kami meneruskan perjalanan kami.

Keesokkan cik suami memberitahu ada retak di berhampiran tayar. Jadi telefon pengeluar kereta, dan mereka mengesahkan masalah itu yang menyebabkan mereka recall kereta tahun keluaran tersebut. Oleh kerana service kereta hanya ada di Kuala Lumpur, jadi kami terpaksa menghantar kereta ke Kuala Lumpur. Masalah betul. huhu.

Kami telefon pulak syarikat insurans untuk perkhidmatan tunda kereta. Oleh kerana mereka cuba cover 400km (pergi dan balik). Jadi kami terpaksa menambah sebanyak RM700++ untuk itu. Ermm. boleh cover sewa rumah sebulan termasuk api dan air.

Oleh kerana itu cik suami memandu ke Kuala Lumpur. Saya follow dari belakang. Perancangannya sampai ke Gua Musang sahaja. Cik Suami meneruskan ke Kuala Lumpur tu lepas tu. Juga nak tengok boleh tak kereta tu bertahan sampai mana. Dekat Gua Musang, cik suami kata kena panggil juga syarikat insurans untuk perkhidmatan tunda kereta. Dia rasa tak yakin dengan keadaan kereta, bunyi semakin teruk. Kami menunggu dekat sejam lebih untuk mereka datang.

Sehari selepas itu, kami dimaklumkan kereta sudah siap. Pada hari khamis, kami ke Kuala Lumpur untuk mengambil kereta. Nak cepat naik ikut atas le.

Dah alang - alang ke Kuala Lumpur, nak le singgah beli keperluan menjahit sekali. Di Kelantan tak banyak yang pilihan, kalau adapun agak mahal. Tapi mungkin ada cuma tak tahu tempat lagi. Kena ambil masa juga nak explore, sebab dalam internet tak banyak maklumat dapat dicari.

Kereta perlu di ambil di Glenmarie, Shah Alam. Jadi dari KLIA2, kos teksi RM80++ ke Glenmarie. Jadi kami naik bas dari KLIA2 ke Klang. Kos RM26 untuk dua orang. Perhentian bas di Klang di AOEN Bukit Tinggi. Dari Klang ke Glenmarie, kami naik Grab. Kos RM21. Jimat sikit.

Di pusat servis tu, kami ada tak kereta lain yang di recall seteruk kami. Mereka kata ada. hihi.

Dah alang - alang dekat Klang, kami pi GM Klang. Dari Glenmarie ke Klang dekat setengah jam juga bergantung dengan kesesakan jalan raya. Kebetulan hari dah petang tambah lagi hujan, jadi jalan sesak sikit. Yang tak bestnya GM Klang mereka tutup pukul 7. Agak tergesa - gesa juga survey.

Malamnya overnight kat hotel, saya cakap kat cik suami. Kalau singgah kat rumah adik beradik, mesti mereka penat bekerja siangnya, lepas tu kena layan kita lak. Rasa tak best lak. Takut menyusahkan mereka. Lagipun mereka masih bekerja keesokkan harinya. Saya pulak kepenatan seharian, terkejar sana - sini, saya nak tidur je. Kalau singgah rumah adik - beradik, mesti agak kurang elok kalau kita terus masuk tidur. Jadi kami pergi ke hotel. Hotel budjet je. Lagipun nak tidur jugak kan.

Keesokkan cik suami tanya nak sambut shooping barang jahit tak. Kebetulan di tv tersiar iklan pesta buku kat pwtc. Saya terus cakap kat cik suami, kalau pasal buku, saya sanggup tak makan dan ikat perut. Haha.

Kebetulan cik suami ade kerja dia perlu uruskan untuk berjumpa klien dia. Lagipun pesta buku buka pukul 10.00 pagi.

Lepas jumaat baru kami bertolak balik Ke Kelantan.

Moral of story, jangan ignore kalau kereta kena recall, Cepat - cepat pi menyerah diri. haha




.


No comments:

Post a Comment

Bagaimana hendak menjaga kain linen, kapas dan sutera vietnam

Tips ni saya dapat daripada FB Earlene Kasamira. Saya suka baca tips dan biasanya saya simpan. Dah alang - alang ada blog, saya masuk...