Friday, 19 May 2017

Pesta Buku 2017 di PWTC

Teks: Zura Zakaria

Seperti biasa, kalau tidak habis dekat RM300 memang tak sah kalau ke Pesta Buku, dengan potongan 80% di sesetengah booth memang berbaloi. Lagipun memang tak kisah berbelanja beli bukan sebab boleh buat pengecualian cukai dengan LHDN. RM1000 di bolehkan untuk pengecualian cukai bagi buku, majalah dan suratkhabar. Tahun lepas saya membelanjakan sebanyak RM1k++. Jadi kami membahagikan jumlah itu. Oleh kerana pendapatan suami lebih banyak jadi saya bagi lebih sikit kat dia.

Oleh kerana tahun ni, anak kedua mengambil UPSR, jadi saya banyak beli buku menjawab soalan. Untuk anak pertama, disebabkan dia akan mengambil SPM tahun depan. Saya telah membeli buku rujukan disamping buku menjawab soalan.

Saya biasanya membeli novel, biografi dan perniagan. Cik suami lebih ke buku keagamaan.

Untuk berlaku adil, saya membeli juga buku untuk anak - anak lain.

No comments:

Post a Comment

Bagaimana hendak menjaga kain linen, kapas dan sutera vietnam

Tips ni saya dapat daripada FB Earlene Kasamira. Saya suka baca tips dan biasanya saya simpan. Dah alang - alang ada blog, saya masuk...