Wednesday, 17 May 2017

Apa yang tak best kat Kelantan

Teks: Zura Zakaria

a) Kedai tutup hari jumaat
Hampir keseluruhan kedai tutup hari jumaat kecuali mall. Kedai makanpun pun banyak yang tutup. Kebanyakkan kedaipun banyak yang tutup malam. Paling lambatpun pukul 7 malam kecuali mall dan kedai makan

b) Air kotor
Air di Kelantan memang teruk. Habis kebanyakkan baju kami bertompok - tompok kuning. Nak kena sental taruk klorox. Kadang - kadang tu tak boleh hilang. Saya tak tahan. Ajak cik suami jelajah kedai penapis air. Aduh mahalnya RM3k++ untuk pakej penuh. Untuk keseluruhan pemasangan termasuk 2 tangki 300L, penapis air dan pump. Yang peliknya kami terpaksa pasang 2 tangki air. Mereka cakap dari paip utama perlu melalui 2 tangki dahulu, fungsinya untuk turunkan keladak - keladak. Maksudnya untuk renihkan dulu. kemudian ke penapis air dan pump. Kemudiannya ke tangki yang sediaada. Logiknya air di Kelantan memang teruk sampai penapis airpun tak boleh nak tapis kekotoran. Malah kalau ke sungai Kelantan, air memang kuning. Mungkin jugak disebabkan ada beberapa tempat mengorek pasir di sungai.

Kalau di Kuala Lumpur, jika saya tinggal lama macam balik kampung ke bercuti ke. Saya akan memastikan mesin basuh run mesin basuh tanpa kain. Untuk tujuan karat - karat keluar. Baru saya akan mencuci baju yang lain. Saya tak perlu risau untung membasuh berkali - kali dalam sehari.

Tapi di Kelantan pulak, saya perlu pastikan tak ada sesiapa guna mesin basuh pada malamnya supaya keladak di tangki mendap. Saya hanya akan basuh sekali sehari je. Sebab kali ke dua, hampir keseluruhan baju bertompok - tompok. Kalau saya terpaksa juga basuh banyak kali, pukul 5 atau 6 paginya sekali dan basuh pukul 2 atau 3 petang sekali.

Patut le ramai orang guna air telaga di sini. Saya kat rumah sewa, takkan saya nak boring (korek air - guna air bawah tanah) air lak. huhu

c) Perparitan
Memang perparitan kat mana - mana sama. Alasan yang sama bila hujan turun dan banjir. Kalau dah tahu macam tu kenapa tak jaga perparitan elok-elok. Kalau rakyat buat sampah dalam parit, saman je.

Masa di Kuala Lumpur, kawasan saya tidak berlaku banjir kalau hujan lebat. Cuma air naik dijalan seketika, lepas itu hilang bila hujan berhenti. Di sini kawasan saya tinggal ni, hujan sekejappun air di depan rumah dah bertakung



No comments:

Post a Comment

Bagaimana hendak menjaga kain linen, kapas dan sutera vietnam

Tips ni saya dapat daripada FB Earlene Kasamira. Saya suka baca tips dan biasanya saya simpan. Dah alang - alang ada blog, saya masuk...