Wednesday, 17 May 2017

Keguguran

Teks: Zura Zakaria


Pada saat saya tahu saya mengandung antara percaya dan tidak. Perasaan saya berkecamuk. Apatah lagi saya masih dalam fasa perpindahan. Dari menjadi bekerja di pejabat ke bekerja di rumah (suri rumah tangga). Tambah lagi perubahan tempat, dan persekitaran baru.

Tak ada apa yang saya perlu buat dan kata cuma redha dan Al hamdulillah. Syukur dapat nikmat mengandung walaupun kali enam. Perasan teruja masih dapat nikmat mengandung dan bertambah ahli baru. Perasaan bimbang jika tidak dapat membimbing dan mendidik sebaik mungkin. Perasaan takut dengan masalah sosial sekarang semakin meruncing dan teruk. Harapan semuga anak - anak tidak terpesong ke jalan yang salah.

Perasaan teruja pada kali ini amat lain, lebih dari bila dapat tahu mengandung untuk anak - anak lain. Saya cakap kat cik suami, macam mana ni baju mengandung semua di sedekah kat orang, baju - baju baby pun sama. Dia cakap tak apa beli lain. Senangnya kalau jadi semua. Cik suamipun sama dengan saya, nampak diapun teruja, tersengih - sengih bila cerita pasal baby.

Bulan pertama, amat penat sikit, sebab perlu mengemas rumah dan teruja nak start buat bisnes. Oleh kerana sudah biasa sibuk dengan kerja, dan duitpun dah tak ada kat tangan bila hujung bila. Di tambah kesedaran nak tolng cik suami tambah pendapatan. Lokasi kedai sudah dikenalpasti. Lokasi amat sesuai kerana berdekatan dengan kampung cik suami. Kami pulak akan berpindah ke sana bila rumah siap. Bila tu. Belum tahu lagi. Perancangan dalam masa 2 tahun. Jarak rumah sewa sekarang dengan kedai pulak tak le jauh sangat. Tak sampai setengah jam je. Saudarapun kata kita on. Untuk cut cost, kami buat minor renovation, touch up sikit dan sesi chat mengecat. Saya inform cik suami pasal perancangan dan dekorasi macamana untuk kedai tersebut. Dia nampak ok.

Bulan kedua, saya bertambah busy untuk persiapan kenduri perkahwinan anak saudara. Al-Hamdulilah semua berjalan lancar.

Minggu keseterusnya pulak, majlis bertandang pulak pada hari sabtu. Pagi tu, saya ke kedai untuk mengambil barang. Belakang mula sakit. Sebenarnya, sakit belakang dah bermula dekat seminggu. Saya hanya meminta cik suami urut je le. Balik dari kedai, terus bersiap untuk majlis bertandang. Di dalam tandas, ternampak tompok - tompok merah. Saya terus memberitahu suami. Kami ke klinik untuk check kenapa. Kejadian macam ini tidak pernah berlaku kepada saya. Pergi ke klinik kerajaan, pada fikiran saya, mesti doktor perempuan yang urus. Saya telefon adik, kebetulan adik bekerja di situ untuk mengesahkan doktor perempuan bertugas ke tidak masa tu. Kebetulan dia cuti pada hari tersebut, jadi dia tak tahu. Saya redah je ke sana. Tapi doktor lelaki yang bertugas, Lelah mencari klinik dengan berkecamuk dalam hati. Saya cuba bertenang dengan mencari maklumat proses checking. Kebanykan maklumat mengatakan doktor akan checking di bahagian bawah untuk memastikan sebab kenapa berdarah.

Jadi saya cari tuju ke beberapa klinik yang berdekatan. Banyak yang doktor lelaki yang bertugas. Al hamdulillah jumpa satu klinik doktor perempuan yang bertugas. Pada masa tu automatik air mata mengalir. Takut sangat apa yang terfikir di fikiran terjadi. Al hamduliah doktor cakap, baby ok cuma kecil sangat jadi tidak dengar heartbeat lagi. Dia cuma buat ultrasound dan bagi ubat je, tak pulak check bahagian bawah.

Seharian air mata tak berhenti - henti keluar, Anak -  anak yang lain pun tak ada bising - bising. Diam je. Macam faham je, emosi ibu mereka tak stabil. Malam tu kami ke hospital berdekatan sebab tak puas hati darah masih keluar. Saya di masukkan di zon kuning. Doktor buat lagi ultra sound, dia dapat detect heartbeat tapi sound sangat kecil dan nampak denyutan jantung dia. Al hamdullilah. Doktor pesan kalau darah keluar seketul baru datang balik. Pesanan doktor dibiarkan dengan angin lalu sebab yakin tak akan jejak lagi ke hospital kecuali bersalin. Kami balik dengan hati yang gembira dan senyuman di bibir. Dalam hati tak habis - habis mengucapkan Al-Hamdulillah.

Pendarahan masih berlaku, berlarutan dalam 2 ke 3 hari, Risau dan runsing. Tapi tawakal je le. Dalam masa itu, mencari maklumat pasal pendarahan masa mengandung, boleh ke solat masa tu. Apa yang saya dapat kumpul, ramai lagi teruk dari saya, pendarahan kadang sehinggan berminggu - minggu malah ada yang mencecah berbulan. Jadi apa sangat dugaan yang Allah bagi berbanding dengan saya hanya sikit. Boleh bersolat sebab bukannya darah haid atau nifas cuma perlu tukar pad yang baru bila hendak solat.

Kerja rumah memang saya stop totally. Semua cik suami dan anak sulung yang buat.

Hari isnin tu sakit belakang lain macam tapi saya just ignore je. Walaupun jantung dan fikiran rasa lebih ke arah yang negatif. Boleh dikatakan hampir setiap hari dan sepanjang masa, saya bercakap dengan baby supaya keep strong, be strong, I love U, Tapi petang tu saya cakap kat baby, its ok baby, kalau baby tak kuat, Tak apa. Dont push yourself. Its ok. Ibu redha. Air mata dah menitik dah.

Malam tu sakit belakang semakin teruk. Oleh kerana anak - anak bising, jadi saya ke bilik, nak rehat. Di bilik, tiba tiba rasa sakit perut, jadi bangun ke tandas. Tiba - tiba rasa benda keluar. Saya menjerit panggil suami. Kami ke hospital sekali lagi. Doktor mengesahkan saya abortion incomplete. Saya di masukkan ke wad. Berlaku le proses mencuci. Im totally lost my baby.




No comments:

Post a Comment

Bagaimana hendak menjaga kain linen, kapas dan sutera vietnam

Tips ni saya dapat daripada FB Earlene Kasamira. Saya suka baca tips dan biasanya saya simpan. Dah alang - alang ada blog, saya masuk...