Teks: Zura Zakaria
Bulan ini bulan ke 5 saya berpindah ke Kelantan. Pengalaman menjadi suri rumah tangga sepenuh masa amat mencabar kewarasan saya, Emosi amat berkecamuk. Lelah yang panjang. Kerja rumah yang tak kesudahan.
Pada mulanya saya mempunyai perancangan balik ke Kelantan, buka kedai jahit dan share dengan saudara. Tapi beberapa perkara berlaku dari bulan Januari hingga hari ini, menyebabkan kedai ke mana, mood ke mana, menjahit ke mana, duit je mengalir lagi.
Pada bulan Januari, saya gak sibuk dengan anak - anak bermula persekolahan disini. Di tambah lagi nak repack barang - barang, sebabnya 30hb disember baru saya balik dengan suami. Anak - anak memang kami tinggal dengan ibu bapa saya lepas pindah barang cuti krismas dulu. Jadi kami ke Kuala Lumpur, untuk last touch up rumah untuk disewakan. Awal bulan Januari, saya dapat tahu saya mengandung, terkejut sebab memang tak plan. Jika saya tahu, memang saya akan be a nice girl just sit down je tengok orang angkat barang - barang. Haha.
Bulan Feb, sibuk dengan persiapan perkahwinan kenduri anak saudara. Tak kan saya tak turun padang. Apatah lagi saya dah pindah Kelantan. Hari kenduri menyambut menantu seminggu selepas. Saya keguguran. Kita hanya merancang, Allah menentukan.
Bulan Mac, berpantang. Saya berpantang 40 hari
Bulan April, mula balik persediaan untuk kedai jahit. Mood merundum balik, saudara pulak busy anaknya bersalin dan macam tak berminat untuk bersama - sama membuka kedai jahit
Bulan Mei, tak jadi buka kedai, buat kat rumah je. Mood merundum
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bagaimana hendak menjaga kain linen, kapas dan sutera vietnam
Tips ni saya dapat daripada FB Earlene Kasamira. Saya suka baca tips dan biasanya saya simpan. Dah alang - alang ada blog, saya masuk...
-
Teks: Zura Zakaria Ini merupakan bulan ke 5 saya di Kelantan. Sebelum kami berpindah ke Kelantan, kami amat sukar mencari maklumat tenta...
-
Tips ni saya dapat daripada FB Earlene Kasamira. Saya suka baca tips dan biasanya saya simpan. Dah alang - alang ada blog, saya masuk...
-
Teks: Zura Zakaria Foto: Google Kuih nekbat biasanya hanya ada waktu bulan ramdhan sahaja. Bulan lain agak sukar untuk temui. Rasanya ma...
No comments:
Post a Comment