Tuesday, 16 May 2017

Kedai Satay 1Malaysia

Teks: Zura Zakaria
Foto; Google



Kami sekeluarga ke Kedai Satay 1Malaysia semasa keluarga kawan anak sulung datang ke Kelantan kerana menghadirkan diri majlis perkahwinan anak saudara dia. Kami merancang untuk berjumpa luar. Lagipun aku segan le bawa ke rumah, ditambah lagi homestay mereka di Pengkalan Chepa. Jadi kami mencari kedai yang famous sekitar Pengkalan Chepa untuk menyenangkan mereka. Jadi tak payah lah mereka mencari - cari rumah kami. Takut pulak mereka sesat.

Sebenarnya kami agak rapat dengan keluarga kawan - kawan anak sulung. Ini kerana kami kenal mereka sejak anak bersekolah rendah lagi. Setiap kali aktiviti melibatkan ibubapa, muka yang sama je datang. Kenal dengan suami isteri, anak - anak yang lain dan tempat tinggal mereka. Malah kebanyakkan sekolah rendah di sana, bila ke sekolah menengah mereka juga bersekolah yang sama. Boleh dikatakan hampir kesemua kelas tahun 6 akan bersekolah di sekolah itu. Mungkin pilihan sekolah agama tak banyak di Selangor. Itu yang paling dekat dengan kami.

Lokasi Kedai Satay 1Malaysia memang senang. Ia terletak di jalan utama Pengkalan Chepa, dekat dengan airport. Persekitaran kedai tu menarik dan yang penting nampak bersih.

Sate kat situ banyak pilihan, malah ada sate kambing, rusa, pedal, itik/serati, perut, arnab selain dari ayam dan daging. Kami cuma order sate ayam dan daging sahaja. Kami order dahulu sebelum kelurga kawan anak datang. Kami risau kalau tiba - tiba ramai pulak pengunjung datang dan terpaksa tunggu lama untuk mendapatkan sate. Nanti apa pandangan orang luar Kelantan pasal service orang Kelantan teruk. Imej kena jaga. Kami hanya order sate dan air sebab kami masih lagi kenyang, mereka dari kenduri kahwin, kami pulak dari kenduri aqiqah.

Saya suka kuah dia cukup rasa. Sate dia agak besar dan banyak daging dari lemak. Rasa sate diapun ok cukup rasa. Dagingpun lembut.

Untuk air, saya order air nira nipah, sedap tapi tak boleh layan air nipah masa saya minum kat Kedah. Masih lagi terasa - rasa kesedapannya.

Kalau ade rezeki lagi, nanti saya bawa ayah saya ke sini. Dia memang suka makan sate. Biasanya kalau makan sate, diakan makan sate samudera di Pasir Mas. Saya tak pernah makan kat situ. Mak saya kata sedap. Sejak kami balik ke Kelantan, sudah beberapa kali kami makan sate. Tapi tiap kali ke sana mesti dia tutup. Jadi untuk menghilangkan kempunan, kami cari sate di tempat lain. Mereka tidak puas hati rasanya

No comments:

Post a Comment

Bagaimana hendak menjaga kain linen, kapas dan sutera vietnam

Tips ni saya dapat daripada FB Earlene Kasamira. Saya suka baca tips dan biasanya saya simpan. Dah alang - alang ada blog, saya masuk...