Teks: Zura Zakaria
Anak - anak saya macam kena kejutan bahasa, bukan kejutan budaya ye. Hampir tiap hari mereka balik tanya perkataan dalam bahasa Kelantan. Bahasa Kelantan saya memang fail. Keluarga saya menggunakan bahasa Kelantan buku. haha. Saya adik beradik tinggal di bandar kecil, kami tinggal di kuarters. Faham aje le bila di kuarters ramai orang luar Kelantan tinggal di sana. Jadi bahasa Kelantan saya memang teruk. Jadi bila balik ke kampung, memang perlu membesarkan telinga untuk faham apa yang mereka cakap. Apatah lagi mereka cakap cepat sangat.
Perkataan seperti gorek (sharpener), pitih (duit), roba (pemadam), dll. Saya pun jarang guna dalam bahasa Kelantan saya. Apatah lagi, di pejabat bahasa penghantaran bahasa inggeris.
Tapi bahasa Kelantan mereka hari ke sehari semakin baik. Dah kurang dah tanya pasal Kelantan. Malah saya terkejut yang si kecil yang belum sekolah lagi pun cakap bahasa Kelantan. Tok se.. tok se.
Ada satu hari tu, anak keempat balik dari tadika, dia mengira 1- 10, lepas tu dia start mengira belasan pulak. Mula - mula dengar kenapa sebutan pelik sangat. Saya mula - mula just ignore je sebab dia pelat. Mungkin sebutan betul kot cuma bunyi je pelat. Jadi saya betulkan je leh. Kemudian dari hari ke sehari dia masih mengira dengan sebutan itu. Kemudiannya baru saya perasan dia mengira dengan sebutan bahasa Kelantan. Sebelah (sebelah), dua belah (dua belas), tiga belah (tiga belas), empat belah (empat belas) .... Aduh. tertipu mak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bagaimana hendak menjaga kain linen, kapas dan sutera vietnam
Tips ni saya dapat daripada FB Earlene Kasamira. Saya suka baca tips dan biasanya saya simpan. Dah alang - alang ada blog, saya masuk...
-
Teks: Zura Zakaria Ini merupakan bulan ke 5 saya di Kelantan. Sebelum kami berpindah ke Kelantan, kami amat sukar mencari maklumat tenta...
-
Tips ni saya dapat daripada FB Earlene Kasamira. Saya suka baca tips dan biasanya saya simpan. Dah alang - alang ada blog, saya masuk...
-
Teks: Zura Zakaria Foto: Google Kuih nekbat biasanya hanya ada waktu bulan ramdhan sahaja. Bulan lain agak sukar untuk temui. Rasanya ma...
No comments:
Post a Comment