Saturday, 3 June 2017

Bagaimana hendak menjaga kain linen, kapas dan sutera vietnam



Tips ni saya dapat daripada FB Earlene Kasamira. Saya suka baca tips dan biasanya saya simpan. Dah alang - alang ada blog, saya masukkan dalam blog saya sebagai rujukan saya masa depan dan pembaca juga

Bagaimana hendak menjaga kain linen, kapas dan sutera vietnam agar lebih tahan lama dan warna kain tidak luntur? Berikutn adalah tipsnya:
KAPAS DAN LINEN :
Penjagaan kain kapas dan linen sebenarnya amat mudah kerana fabrik ini ialah fabrik yang tahan lasak. Untuk menjadikan ia lebih lembut, selesa dipakai dan tahan lama, amalkan tips berikut:
1. kesemua fabrik kapas dan linen akan mengecut sedikit selepas dibasuh.
2. Seeloknya direndam dahulu dan dikeringkan sebelum dijahit untuk mendapatkan ukuran jahitan yang tepat.
3. Kain linen dan kapas semakin dibasuh semakin lembut sebenarnya terutamanya kain linen. Bahkan kain ini semakin lembut dan mudah digosok bila sering dicuci.
4. Namun elakkan direndam terlalu lama di dalam air kerana rendaman yang lama akan menyebabkan serat benang menjadi longgar.
5. Apabila mencuci dalam cucian mesin gunakan air dingin untuk mencuci dan membilas agar kain KAPAS tidak terlalu mengecut apabila dikeringkan. Bagi kain LINEN pula, boleh dibasuh dan dibilas menggunakan air panas
6. Apabila menjemur fabrik linen dan kapas yang berwarna, terbalikkan fabrik agar warnanya tahan lama dan tidak memudar disebabkan pancaran terus cahaya matahari.
Jemur di tempat yang berangin agar kain kapas dan linen kurang berkedut.
7. Tetapkan suhu sederhana panas apabila menggosok kain kapas atau sembur dengan semburan air sebelum diseterika ataupun tuan puan menggunakan ‘ steam iron’ untuk melicinkan kain kapas yang berkedut. Dengan cara ini, kain kapas akan licin dan kurang berkedut. (Penggunaan suhu terlalu panas menambahkan kedut kain kapas)
SUTERA VIETNAM:
Kain sutera vietnam adalah di antara kain sutera yang terbaik di dunia. Terdapat pelbagai corak , warna, hiasan kain sutera ini. Ramai pelanggan yang memberli kain di ABSTextile akan bertanya cara penjagaan kain sutera vietnam. Umumnya, sutera yang diperbuat daripada 100% kepompong ulat sutera perlu penjagaan yang teliti dan rapi. Namun keunikan sutera vietnam yang diedarkan ABSTextile ialah sutera yang diperbuat dengan gabungan sutera dan kapas menjadikan kain ini lebih tahan dan mudah dijaga.
1. Kain ini boleh dibasuh menggunakan mesin basuh
2. Boleh dijemur di bawah matahari
3. Mudah digosok dan tidak mudah berkedut
Selamat mengamalkan tips tersebut. Kain akan lebih tahan lama jadinya.

Wednesday, 31 May 2017

Colek

Teks: Zura Zakaria
Foto: Google


Colek biasanya famous bila bulan puasa di Kelantan. Colek lebih kepada kategori makanan sampingan. Lebih senang ia mrirp rojak. Campuran beberapa perkara dan disiram dengan kuah.. Di luar Kelantan biasanya famous lepas terawikh ialah moreh tapi kami di Kelantan ialah makan colek.

Di Kelantan macam kemestian makan colek bulan puasa. Hampir setiap tempat buat colek masa bulan puasa. Walhal ada je kedai yang jual colek setiap hari tapi pengunjungnya tak seramai bulan puasa. Antara tempat famous colek di Kelantan; Pasir Mas (belakang Stadium), Kota Bharu (sebelah Stadium), Kubang Kerian (Su Tomyam), Tanah Merah (lupa kat mana). Kedai ini yang saya tahu famous dan pernah kunjungi.

Dahulunya colek yang famous colek perut dan paru sekarang dah variasi, dengan colek ayam, colek kerang, colek campur dan variasi campurannya. Dah macam - macam lagi. Saya lebih suka yang original dan simple. Kalau basic colek ialah perut lembu (biasanya perut muda lagi sedap), paru, timun dihiris nipis, taugeh. Semua disusun dalam pinggan dan disiram dengan sos (biasanya saya guna sos pencicah thai) dan kerepok dihancur - hancurkan digaul dengan sebati dan ngam. Resepi penuh boleh tengok di sini

Saya biasa buat colek perut bila hari raya sebab banyak stok perut dan paru. Biasanya orang malas nak masak perut dan paru sebab baunya semerbak satu rumah. Itu belum lagi proses nak mencuci perut. Boleh habis setengah hari nak masuk perut sahaja. Tapi bila bab makan cepat je habis.

Nekbat - Kuih tradisional Kelantan

Teks: Zura Zakaria
Foto: Google


Kuih nekbat biasanya hanya ada waktu bulan ramdhan sahaja. Bulan lain agak sukar untuk temui. Rasanya manis - manis. Lembut. Sedap. Orang kata memang tak sah kalau masakan Kelantan tak manis kan.

Orang cakap kuih ini kuih orang tua sebab lembut sangat sampai tak payah kunyah boleh terus telan. Tak kisah sebab saya suka.

Resepi

12 biji nekbat kering (dijual kat kedai basah)
5 sudu besar gula (boleh kurangkan kalau tidak suka manis)
2 1/2 cawan air air
daun pandan

Masakkan gula, air dan daun pandan. Bila gula hancur masukkan nekbat. Perlahan api dan biar seketika. Jangan dikacau nanti nekbat akan hancur. Bila nekmat dan meresap air gula. Tutupkan air. Lebih sedap bila dihidangkan bila sejuk


Wednesday, 24 May 2017

Bagaimana bisnes perlu bermula

Teks; Zura Zakaria


Untuk bermula perniagaan, terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan

a) SOP
Setiap perkara perlu ada SOP (standard operation procedure). Ia merupakan aliran tugasan atau flow setiap bahagian untuk memastikan perjalanan lancar dan sistematik. Ini juga memastikan setiap produk mengikut piawaian yang ditetapkan oleh syarikat serta mengurangkan masalah. Jika berlaku masalah, syarikat akan sedang untuk mengatasinya.

Terdapat beberapa SOP wajib untuk bisnes;-
1) Pengurusan stok
2) Pengurusan tunai
3) Operasi jualan
4) Operasi belian

b) Perakaunan
Sebagai pemilik syarikat, bahagian perakaun memang penting itu merupakan jantung kepada syarikat, pemilik syarikat perlu tahu untung rugi setiap tahun supaya senang untuk melebarkan sayap dengan lebih baik. Walaupun ada seseorang ditugaskan untuk menguruskan akaun, pemilik perlu tahu serba sedikit ilmu perakauan supaya penyelewangan dapat dihindari.

c) Pemasaran
Sepatutnya teknik pemasaran perlu dikenalpasti dan diteliti dahulu sebelum sesebuah produk dikeluarkan supaya apabila produk sudah siap, tak ada kita baru kelam kabut buat promosi. Nanti semua akan kurang menjadi walaupun produk kita bagus

d) Teknik Komunikasi (Public Relation)
Bisnes online ke offline ke, komunikasi memang penting terutama dalam menghadapi pelanggan. Pelanggan datang bermakna duit datang. Walaupun ada quote mengatakan "customer always right". Kita sepatutnya tahu dan memberi latihan kepada staff untuk menghadapi pelanggan bermasalah. Ini kerana zaman sekarang zaman viral, tersalah sikit sekejap je viral.

Tempat makan di Kelantan

Teks: Zura Zakaria

Saya akan senaraikan tempat - tempat makan yang saya pernah makan di Kelantan dan saya akan buat review tentang itu. Senarai ini akan bertambah dari masa ke semasa

a) Maggi Tiram Pok Weil
b) Kedai Kopitiam Kita
c) Kedai Satay 1Malaysia
b) Kedai Kopi Tokyo



Keluarga Bahagia

Teks: Zura Zakaria

Untuk menjadi keluarga bahagia perlu dimulakan dengan ibubapa sendiri untuk mencorakkan dan membentuk setiap keluarga. Ibubapa merupakan contoh terbaik atau role model kepada anak - anak. Seawal sehari kelahiran sehingga usia 12 tahun, anak - anak masih dengan kita, jadi masih itu merupakan masa yang sesuai untuk kita mencorak mereka.

Ilmu kekeluargaan perlu diteroka dan dipraktiskan untuk anak - anak. Pada awal perkahwinan, saya pernah memberitahu cik suami, keluarga kita ini kita perlu bentuk dengan acuan kita sendiri. Kita ambil apa yang elok; didikan, amalan dan nasihat di keluarga masing - masing dan  diadunkan dengan cara kita untuk mendidik anak - anak. Apa yang tak elok dan tak berkenan di hati kita tolak ke tepi.

Antara perkara  - perkara yang terapkan kepada anak - anak:-

a) Rendahkan ego masing - masing
Perkataan maaf perlu ada pada ibubapa. Kita sebagai ibubapa perlu rendahkan ego kita kepada anak - anak, tak payah nak mendadik dada sambil guna quote "syurga di bawah tapak kaki ibu", kita makan garam dulu"dll. Tak salah kita minta maaf kalau kita silap, kalau kita terlambat sampai rumah, kalau kita tak dapat bagi apa yang dijanjikan. kalau kita tak mampu.

Anak - anak akan belajar dari perkataan maaf, dia juga mudah memaafkan orang lain dan meminta maaf jika dia silap. My 5th angel yang berusia 4 tahunpun dia akan minta maaf kalau dia buat silap, dan bila lepas meragam/ bad mood.

b) Solat berjemaah
Saya bermula solat jemaah dekat 5 tahun yang lepas, selepas saya perasan anak - anak solat lambat waktu maghrib, apatah lagi semasa waktu maghrib terdapat rancangan tv yang mereka suka. Cik suami biasanya waktu maghrib dan isyak dia akan berjemaah di masjid. Saya telah melahirkan kegusaran saya kepada dia dan cadangkan dia berjemaah waktu maghrib di rumah dengan anak - anak, lepas tu waktu isyak berjemaah di masjid. Mula - mula rasa bersalah kerana lepas solat berjemmah di rumah, dia tergesa - gesa ke masjid sebab biasanya ada kuliah maghrib lepas solat mahgrib di masjid. Dia kata tak apa, biasanya masjid mula solat lambat sikit sebab nak tunggu jemaah. Jadi bila dia sampai masjid gam - gam kuliah bermula, kalau lambat sikitpun kuliah baru mula mukadimah.

Saya merasa tindakan saya betul apabila anak sulung saya cakap dia rindukan solat jemaah dengan keluarga terutama waktu maghrib, bila maghrib mesti dia ingat abah, ingat ibu. Dia rindu nak salam dan peluk abah dan ibu bila selesai berjemaah. Dia sekolah berasrama dari tingkatan satu. Malah yang lain juga dah tahu waktu maghrib semua berjemaah dan semua berkumpul.

c) Mendengar 
Sekali - sekala kita perlu mendengar mereka bercerita, ini supaya kita lebih dekat dengan anak dan kita boleh tahu perangai mereka macamana dalam menyelesaikan masalah mereka disekolah dan bagaimana mereka berhadapan dengan masalah. Kalau kita sibuk pada masa itu, beritahu mereka lagi 5 minit, kita free, nanti kita datang. Sekurang - kurangnya mereka tidak rasa terabai.

d) Menerangkan setiap perkara
Kalau kita ada masalah kewangan, kita terangkan kepada mereka supaya mereka berjimat. Kalau ada jamuan ke ada tetamu nak datang, kita memeritahu apa yang perlu mereka buat, apa yang tidak sepatutnya mereka buat.

Dari segi adabpun begitu, kita perlu menerangkan kepada mereka adab - adab bila rumah orang, di masjid, di kedai makan dan temapt lain. Biasanya di dalam kereta saya ingatkan mereka sekali lagi apa yang mereka perlu buat dan tidak boleh buat. Kita sebagi ibubapa mereka sepatutnya selalu mengingati mereka ini adalah tanggungjawab kita sebagai ibubapa.

Saya memang tidak suka kalau ke kedai makan, anak - anak berlari sana, berlari sini. Kalau terlanggar orang, terlanaggan pelayan bawa makanan dan minuman yang panas, kita boleh marah mereka. Pada hal itu salah kita tak memberitahu dan tak didik anak - anak. Kecuali le anak - anak memang di meja, makanan panas terkena dia. Itu memang kita boleh mengamuk.

Kalau kita dah cakap, kita dah pesan, kita dah marah tapi anak - anak masing tak dengar. Apa yang kita nak buat. Saya biasanya berlakon dengan cik suami dalam kereta, saya akan cakap kuat dari biasa supaya anak - anak dengar. Saya cakap kat cik suami " abang, kita tak payah lah bawa 4th angel ke restoran, makan - makan kat kat restoran dia tak makan elok - elok kat restoran, dia jalan sana, jalan sini. Biar je dia kat rumah sorang - sorang kat rumah. Lagipun makanan dia tak habis, rugi je bawa dia makan kat restoran." Itu dinamakan main psikologi. Tapi memang berjaya. Dengan anak - anak zaman sekarang memang perlu kreatif sikit.


e) Berlapang dada
Kalau anak kita tidak dapat buat apa yang kita nak, apa yang kita target, apa yang kita mahukan, berlapang dada. Jangan paksa mereka, jangan marah mereka. Di sekolah, mereka dah mendapat tekanan dari guru, sukatan yang membebankan. Kita tak payah le nak menambahkan beban mereka. Kita cuma perlu mendorong, mendidik, membimbing mereka sahaja.

Saya bukan mendabik dada untuk memberitahu bahawa cara saya yang terbaik. Saya dengan rendah diri memberitahu saya masih belajar untuk menjadi ibu yang baik.

My 5th Angel

Teks: Zura Zakaria


Keletah my 5th memang menghiburkan. Dia memang lain sikit dari anak - anak lain. Nampak dia lebih matang dari percakapan, cara dia bawa diri dia, dan cara dia berpakaian. Mungkin juga dia melihat dan meniru dari cikgu - cikgunya kot (adik - beradik yang lain)

Antara beberapa situasi yang ingin saya kongsi di sini:-

Situasi 1

Semasa berjalan - jalan sambil tunggu cik suami selesaikan urusan dia di bank, terjumpa dengan kedai pakaian berjenama kanak - kanak tengah mengadakan sale.

Saya: Jom, kita masuk ke dalam

5th angel: Buat apa kat sini

Saya: Ibu nak tengok pakaian ini kat sini cantik ke tak  

5th angel: Cantik

Saya: Cantik tak baju ini (sambil tunjukkan satu baju untuk dia)

5th angel: Cantik lah juga

Saya: Nak tak? (kebetulan diskaun 50%, jadi harga mampu milik)

5th angel: Nak beli kat siapa?

Saya: Untuk awak le, boleh buat baju jalan - jalan, tadikan kata cantik

5th angel: Baju jalan - jalan kat rumah, baju jalan - jalan banyak kat rumah. Tak payah beli.

Saya: ok, jom balik (haha, jimat duit ibu)


Situasi 2

Dalam perjalanan ke rumah mak, ternampak kedai gunting rambut yang biasa pergi kalau nak gunting rambut. Kedai tu memang murah sikit. Mungkin juga lokasi kedai gunting tu di kawasan kampung dan dia buka hanya untuk mengisi masa lapang.

Saya: Jom pi ke kedai gunting tu

5th angel: Buat apa?

Saya: Potong rambut lah

5th angel:  Potong rambut siapa?

Saya: Potong rambut awak le.

5th angel: Tak payah lah. Handsome lagi ni (Sambil buka topi dan tengok cermin pandang belakang)

Saya: (Gelak sampai ke rumah mak)



Bagaimana hendak menjaga kain linen, kapas dan sutera vietnam

Tips ni saya dapat daripada FB Earlene Kasamira. Saya suka baca tips dan biasanya saya simpan. Dah alang - alang ada blog, saya masuk...