Teks: Zura Zakaria
Foto; Zura Zakaria
Gambar ini saya ambil masa Pesta Buku di PWTC. Secara peribadi, saya kagum dengan dia; Fattah Amin. Bukannya kagum dari segi lakonan tapi lebih dari bagaimana dia kembangkan bakat dan peluang yang dia ada. Mugkin ramai tidak sedar, bidang lakonan merupakan cabang bisnes. Fattah Amin memberikan added value untuk bisnes lakonan dia dengan menerbitkan single album. Kemudian dia telah mengeluarkan buku. Yang terbaru pulak, dia mengeluarkan novel. Semua itu menambahkan pendapatan dia sebagai pelakon.
Seperti juga dalam bisnes, kita perlu ada added value atau nilai tambah. Added value juga merupakan wang tambahan dalam bisnes kita. Contoh yang lain, kalau bisnes jahitan. Selain mengambil upah menjahit. Mereka juga boleh menambahkan pendapatan atau added value dengan menjual aksesori jahitan, buat alteration dan menbuat bengkel jahitan. Malah untuk online, mereka juga boleh menjual ebook berkenaan jahitan, pola - pola jahitan, dan kelas jahitan secara online.
Untuk lebih jauh lagi bisnes jahitan, boleh juga mengadakan kerjasama dengan butik - butik atau persendirian untuk menjahit secara pukal.
Contoh senang jual burger. Kalau setakat jual burger biasa, lambat le nak kaya. Haha. Ringankan mulut, tanya nak tambah cheese tak, nak double burger tak. Kalau nak double burger, tanya lagi nak double burger cheese tak. Harga dari RM2 boleh ke harga RM5.
Biasa tak ke Md Donald atau mana - mana restoran fast food. Mereka mesti tanya nak up ke large ke, nak tambah side order ke.
No comments:
Post a Comment