Saturday, 20 May 2017

GM Klang

Teks: Zura Zakaria
Foto: Zura zakaria

Saya sebenarnya pertama ke GM Klang. Secara peribadinya, saya memang teruja dengan GM Klang. Memang banyak barang dari pakaian baby ke dewasa, lelaki dan perempuan. Barang perhiasan rumah dan aksoseri wanita, comforter pun ada. Bak kata orang, semua ada.

Alang - alang di sana, saya survey barang jahitan saya dan merisik harga borong di sana. Kesuntukan masa saya tak dapat meneroka atau menjelajah kesemua kedai. Apatah lagi mereka tutup pukul 7 malam. Untuk orang bisnes memang tempat yang bagus untuk membeli. Kalau setakat nak beli sikit harga lebih kurang Jalan TAR je. Bila di sana, saya boleh agak berapa untung setiap pakaian.

Bila fikir balik, kat sana pelbagai jenis pakaian ada dijual yang murah, yang mahal. Cuma beli sahaja dan jual. Kenapa saya nak buka bisnes jahit, walhal di merata tempat ada jual pakaian. Ermm kepuasan, bila tengok pakaian yang dijahit oleh kita dipakai oleh orang dan mereka sukakan.



No comments:

Post a Comment

Bagaimana hendak menjaga kain linen, kapas dan sutera vietnam

Tips ni saya dapat daripada FB Earlene Kasamira. Saya suka baca tips dan biasanya saya simpan. Dah alang - alang ada blog, saya masuk...