Saturday, 20 May 2017

Homemade burger


Teks: Zura Zakaria

Resepi burger ini saya ambil kat sini. Biasa le daha jadi suri rumah sepenuh masa, tak ada lain masak, kemas rumah, masak, kemas rumah selain dari aktiviti dengan anak. Skil masak kena asah lagi le sebab dah boring dengan masakan yang sama je. Dulu saya buat sos pencicah homemade. Anak - anak kata ok sedap. Nak jaga jiwa le tu. Kali ni try burger lak, sebab dah boring makan nasi.

Bahan - bahan:
1 kg daging kisar (saya kurangkan sebab rasa banyak sangat, suka derhaka resepi)
5 sb serbuk roti
1 bawang besar - cincang
2 ulas bawang putih - cincang
1 cili merah - cincang (ni saya tak taruk, takut si kecil tu pedas. Lagipun dah taruk lada hitam)
2sk sos (worcestershire, fish sos, soy sos, sos tomato)
1 sk garam
1/2 black pepper
Fresh parsley/ basil/daun ketumbar (tak taruk)
1 sb BBQ sauce (tak taruk)

Cara - cara
Satukan semua bahan, gaul sama rata tapi jangan terlebih gaul. Buat bulat - bulat dan goreng di periuk pan.


 Oleh kerana saya buat malam tu, untuk dimakan pagi. Jadi saya try buat bentuk patty dalam 2/ 3 ketul. Tapi entah kenapa silap saya, ketulan tu berderai. Mungkin banyak kali pusing patty dia kot. Tak apa le, tak jadi patty, saya buat inti kebab lak. Nasib baik try sikit. Bakinya saya buat esok. Sempat lagi rasa initi dia. Sedap resepi dia. Cukup rasa. Nanti saya try lagi buat patty



1/2 sk black pepper
 
Fresh parsley (atau basil/daun ketumbar)
 
1 telur - pukul sedikit
1 sb BBQ sauce (opsyenal)

No comments:

Post a Comment

Bagaimana hendak menjaga kain linen, kapas dan sutera vietnam

Tips ni saya dapat daripada FB Earlene Kasamira. Saya suka baca tips dan biasanya saya simpan. Dah alang - alang ada blog, saya masuk...