Teks: Zura Zakaria
Hujung minggu lepas, pi shopping mall, kena tarik dengan sales girl, dia nak check keadaan kulit. Layan je le. Tahu je dia nak promote produk dia. Lagipun dah lama tak bersosial. Haha.
Dia cakap kulit berminyak, liang - liang roma semakin membesar, eye bags kering. Huhu. Saya memang dah jangka dah. Sebab bila dah berkubang di rumah ni jadi malas yang amat nak jaga muka. Dah tak pakai 3 asas penjagaan muka; toner, penyegar dan lotion. Tambah satu lagi serum. Dah malas nak pakai mask. Dah malas nak pakai sunblock/ suncream. Dah malas nak pakai night cream, Dah malas nak bersiap. Baju kurung masih lagi dalam kotak. Tak buka lagi. Cuba buka bila ada jemputan majlis je. Pakaian seharian yang mudah siap.
Ok kena jaga muka balik le. Baru bersemangat nak keje. Baru semangat nak buat kerja rumah. Baru semangat positif datang.
Penjagaan muka saya biasanya saya guna 3 asas penjagaan muka; toner, penyegar dan lotion. Campur sekali dengan serum. Itu lagi penting, apatah lagi umur dah bertambah.
Mask kena buat kalau nak muka tegang, sekurang - kurangnya sekali seminggu. Saya guna produk yang sama dengan penjagaan muka. Kalau nak jimat, guna je putih telur. Lepas kering, bilas je. Jimatpun jimat.
Skrub muka dan badan saya guna produk ni. Bedak Bunga Tanjung. Memang ok.
Ambil sikit campur dengan air. Lepas tu guna jari telunjuk dengan tengah untuk menyetal. Mula dengan muka, kasi hilang white head dan black head. Kalau rajin seminggu sekali, Kalau kurang rajin dua minggu sekali, Kalau agak kurang rajin, sebulan sekali. Kalau memang tak rajin nak buat sendiri. Pi je kat spa, suruh mereka sental muka dan badan. Tapi poket kena kembung sikit.
Dah alang - alang skrub muka, sentel le juga leher, ketiak, kaki, badan. Satu badan le senang cerita. Lepas tu memang rasa licin. Puas hati. Saya promote habis produk ni, ni kalau owner terbaca ke boleh bagi diskaun kat saya ye. Haha.
Selepas skrub tu, pakai le bedak sejuk kat muka, Jangan over macam Mak Cun lak. Macam 24 jam dengan bedak sejuk dia. Haha. Cukup le 15 minit. Simple is nice and easy. Kalau rajin lagi, lepas tu ais letak kat muka. Samada letak ais dulu baru bedak sejuk atau bedak sejuk baru ais. Bergantung dengan awak, kesan dia sama je. Fungsinya untuk tutup balik liang roma yang terbuka lepas kena sental.
Bab malam lak, memang kena guna night cream. Mestinya. Sebelum tidur taruk lotion lak. Bagi wangi sikit satu malam.
Saya sebenarnya tak kisah ada kedut ke dah kendur ke. Tapi tak nak le umur 40 dah ada semua tu. Kalau dah umur 50 tahun ok le. Penjagaan muka ni penting, salah satu sebagai keyakinan diri, Aset tu. Bahan - bahan produk penjagaan kena tahu juga dari mana, apa dia., selamat ke tak. Produk tu sendiri ada pengiktirafan dari mana, anugerah apa, siapa founder dia, ada buat R & D tak, ada clinikal proven tak bukannya setakat testimoni pelanggan yang menggunakan. Selain dari mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihan Malaysia. Tak apa mahal sikit asal kulit kita terjaga dan tak ada kesan sampingan. Yang saya perhatikan sekarang, ramai sangat nak produk yang cepat dapat kesan dan murah. Secara logik le, kalau produk tu murah, macamana mereka nak cover kos R & D,dan buat clinical proven.
Saya agak selektif dengan produk - produk untuk penjagaan muka dan kesihatan. Mungkin sebelum ini saya ada join MLM. Mereka memang menekan bahan - bahan yang terkandung dalam produk, clinical proven, R & D, produk yang dah lama dalam pasaran dan produk mereka banyak pengiktirafan luar negara.
Sekarang dah tak bekerja, kena cari produk yang ok tapi murah sikit. Kena study lagi ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bagaimana hendak menjaga kain linen, kapas dan sutera vietnam
Tips ni saya dapat daripada FB Earlene Kasamira. Saya suka baca tips dan biasanya saya simpan. Dah alang - alang ada blog, saya masuk...
-
Teks: Zura Zakaria Ini merupakan bulan ke 5 saya di Kelantan. Sebelum kami berpindah ke Kelantan, kami amat sukar mencari maklumat tenta...
-
Tips ni saya dapat daripada FB Earlene Kasamira. Saya suka baca tips dan biasanya saya simpan. Dah alang - alang ada blog, saya masuk...
-
Teks: Zura Zakaria Foto: Google Kuih nekbat biasanya hanya ada waktu bulan ramdhan sahaja. Bulan lain agak sukar untuk temui. Rasanya ma...
No comments:
Post a Comment