Teks: Zura Zakaria
Entri sebelum ini saya ada ceritakan berkenaan dengan sekolah agama integrasi. Sekolah agama integrasi di Selangor, setakat pengetahuan saya hanya ada tiga sahaja; Shah Alam, Kajang dan Keramat. Sekolah ini dibawah pengelolaan Jabatan Agama Islam Selangor tetapi dibantu oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pengambilan sekolah ini dibuka pada bulan April setiap tahun. Kesemua calon akan dipanggil untuk ujian bertulis biasanya pada bulan Jun. Keputusan ujian dikeluarkan pada bulan Ogos atau September. Biasanya ibubapa dinasihat supaya mendaftarkan anak mereka ke sekolah kebangsaan juga. Sekolah ini tidak mengambil ramai pelajar. Sekelas hanya 30-35 orang sahaja dan setiap tahun cuma ada 3 kelas sahaja.
Secara peribadi saya sukakan konsep sekolah ini, mereka satukan akademik dan agama dalam satu sesi persekolahan. Waktu persekolahan mereka dari pukul 7.30 pagi - 3.30 petang. Anak - anak tak terkejar paginya sekolah kebangsaan, balik rumah/ rumah pengasuh makan tengahari, kemudian ke sekolah agama waktu petangnya. Ibubapa terpaksa berbelanja banyak pulak uniform sekolah kena ada dua; sekolah kebangsaan dan sekolah agama, begitu juga dengan set alatulis dan beg. Kalau sekolah integrasi cuma satu uniform sahaja.
Yang paling saya suka, mereka menitikberatkan solat jemaah. Mereka bersolat jemaah waktu dhuha dan waktu zuhur. Displin juga terkawal disebabkan bilangan pelajar sedikit. Malah kami ibubapa juga mengenali ibubapa pelajar - pelajar yang lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bagaimana hendak menjaga kain linen, kapas dan sutera vietnam
Tips ni saya dapat daripada FB Earlene Kasamira. Saya suka baca tips dan biasanya saya simpan. Dah alang - alang ada blog, saya masuk...
-
Teks: Zura Zakaria Ini merupakan bulan ke 5 saya di Kelantan. Sebelum kami berpindah ke Kelantan, kami amat sukar mencari maklumat tenta...
-
Tips ni saya dapat daripada FB Earlene Kasamira. Saya suka baca tips dan biasanya saya simpan. Dah alang - alang ada blog, saya masuk...
-
Teks: Zura Zakaria Foto: Google Kuih nekbat biasanya hanya ada waktu bulan ramdhan sahaja. Bulan lain agak sukar untuk temui. Rasanya ma...
No comments:
Post a Comment