Teks: Zura Zakaria
Foto: Google
Biasanya bulan ramadhan di Kuala Lumpur, saya akan cari gulai kawah dan kerabu sare (rumpai laut). Kawasan saya duduk memang kawasan melayu, ramai juga orang Kelantan. Jadi senang le jumpa gulai kawah dan kerabu sare. Di satu pasar ramadhan tu memang jual gulai kawah, bertahun - tahun memang pi sana untuk dapatkan gulai kawah. Dalam banyak tempat, kat brother tu je yang terbest.
Semalam pi shopping kat Mydin, terjumpa rempah ni. Try beli dan mesti le kena buat. Saya just ikut resepinya di belakang paket. Disebabkan saya cuma buat kuantiti daging yang sikit, jadi saya kurangkan bahannya.
Resepi
a) Rempah digaul dengan bahan- bahan yang ditumbuk/blender (bawang merah, bawang putih halia, lengkuas)
b) Panaskan minyak masak dan masuk rempah yang digaulkan dengan bahan - bahan sehingga garing.
c) Masukkan daging dan gaul sehingga sebati.
d) Masukkan santan dengan air sehingga daging empuk
e) Tambah gula dan garam secukup rasa
No comments:
Post a Comment